Pengumuman Terkini
Siaran Akhbar, 23 September 2026
KUCHING – Majlis Penyerahan Bendera bagi Kejohanan Pickleball MAKSAK Sarawak Games 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 17 September 2026, jam 2.15 petang, bertempat di Pejabat Residen Bahagian Kuching. MAKSAK Sarawak Games 2026 bagi Kejohanan Pickleball akan berlangsung pada 19 hingga 20 September 2026 bertempat di Kenyalang Pickleball Bintulu, Sarawak. Semoga pasukan MAKSAK Bahagian Kuching berjaya membawa pulang kemenangan dengan sasaran pingat emas, seterusnya mengekalkan rekod kejuaraan yang lepas. ‘BADAN SIHAT, MENTAL CERGAS, PRODUKTIVITI MENINGKAT’
Siaran Akhbar, 23 September 2026
KUCHING – Majlis Penyerahan Bendera bagi Kejohanan Bola Tampar MAKSAK Sarawak Games 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 September 2026, jam 2.30 petang, bertempat di Pejabat Residen Bahagian Kuching. MAKSAK Sarawak Games 2026 bagi Kejohanan Bola Tampar akan berlangsung pada 25 hingga 27 September 2026 bertempat di Politeknik Mukah, Sarawak. Semoga kontinjen bola tampar MAKSAK Bahagian Kuching terus bersemangat, berdisplin dan memberikan saingan terbaik sepanjang MAKSAK Sarawak Games 2026. Semoga kejohanan ini menjadi platform untuk mempererat hubungan silaturahim serta memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga perkhidmatan awam. ‘BADAN SIHAT, MENTAL CERGAS, PRODUKTIVITI MENINGKAT’
Siaran Akhbar, 23 September 2026
KUCHING, 23 September 2026 - Pengurus YAPIEM Sarawak telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Residen Bahagian Kuching, Puan Dayang Hajah Joanita Azizah binti Abang Haji Morshidi pada 22 September 2026, jam 3.00 petang. Kunjungan ini bertujuan untuk meneroka ruang dan peluang Kerjasama strategik serta memperkukuhkan hubungan sinergi antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) dan Pejabat Residen Bahagian Kuching. Dalam pertemuan tersebut, pihak YAPIEM telah membentangkan tiga aktiviti teras utama organisasi iaitu Pembangunan Ekonomi, Pendidikan, serta Pembangunan Kemasyarakatan. Antara inisiatif utama yang dikongsikan termasuklah Program Inspirasi Pendidikan, Bantuan Makanan, Bantuan Kewangan, serta Program Sinar Lestari dan Inpirasi Qaseh Raya. Kerjasama strategik ini diharapkan dapat memantapkan lagi fungsi YAPIEM dalam meningkatkan kesejahteraan Pembangunan sosioekonomi ummah, khususnya bagi penduduk di sekitar Bahagian Kuching melalui pelbagai bantuan peralatan, infra dan sokongan dana korporat.
Siaran Akhbar, 06 August 2026
KUCHING – Majlis Penyerahan Bendera bagi pasukan Bola Jaring MAKSAK Bahagian Kuching bagi tahun 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 5 Ogos 2026, bertempat di Pejabat Residen Bahagian Kuching. Pejabat Residen Bahagian Kuching telah diberi kepercayaan untuk mewakili pasukan Bola Jaring MAKSAK Bahagian Kuching pada tahun ini. Untuk makluman, kejohanan tersebut dijadualkan berlangsung dari 7 hingga 9 Ogos 2026 bertempat di Stadium Tertutup Sibu. Pemilihan pemain yang mewakili pelbagai agensi ini mencerminkan semangat kesukanan dan kerjasama erat antara jabatan, yang terdiri daripada Jabatan Penerangan Malaysia, Lembaga Pelancongan Sarawak, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Majlis Perbandaran Padawan, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (RECODA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Hospital Umum Sarawak, MAKSAK Sarawak serta Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Bagi pengurusan pasukan bola jaring pada edisi kali ini, tanggungjawab tersebut digalas oleh Puan Syantinee binti Sarkawi, manakala tugasan sebagai jurulatih diamanahkan kepada Miss Lau Siew Wei daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Semoga pasukan MAKSAK Bahagian Kuching berjaya membawa pulang kemenangan dengan sasaran pingat emas, seterusnya mengekalkan rekod kejuaraan yang lepas. `BADAN SIHAT, MENTAL CERGAS, PRODUKTIVITI MENINGKAT'
Siaran Akhbar, 04 August 2026
KUCHING, 1 Ogos 2026 – Pejabat Residen Bahagian Kuching melalui Jawatankuasa Pendidikan dan Kesedaran Awam Sarawak Delta Geopark (SDGP) telah menganjurkan Satok Geopark Fun Run 2026. Program larian rekreasi sejauh 5 kilometer ini menghimpunkan seramai 400 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, agensi kerajaan dan sektor swasta bagi mempromosikan Sarawak Delta UNESCO Global Geopark (SDUGGp) sebagai destinasi warisan geologi bertaraf dunia. Penganjuran edisi sulung ini merupakan sebahagian daripada usaha meraikan pengiktirafan rasmi SDUGGp sebagai UNESCO Global Geopark keempat di Malaysia pada 27 April 2026. Selain menggalakkan amalan gaya hidup sihat, program ini menjadi platform komuniti untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap pemuliharaan warisan geologi, biodiversiti dan budaya unik di Sarawak. Sorotan Program Laluan Bersejarah: Bermula seawal jam 6:30 pagi, peserta melalui laluan sejauh 5 km di kawasan Kampung Satok dan Main Bazaar yang mempamerkan keunikan landskap warisan serta nilai sejarah Kuching. Aktiviti Kebudayaan & Mesra Keluarga: Kategori Pakaian Kreatif Terbaik turut dipertandingkan bagi memartabatkan warisan budaya pelbagai kaum di Sarawak, di samping acara cabutan bertuah dan pelbagai aktiviti sampingan menarik. Kehadiran Tetamu Kehormat: Turut hadir menjayakan program ini ialah Pemangku Residen Bahagian Kuching Encik Lim Hock Meng, Pegawai Daerah Kuching Encik Zaidi bin Sarkawi, Pegawai Daerah Siburan Encik Ranum Anak Bari, serta Ketua Unit Pengurusan Geopark Jabatan Hutan Sarawak Puan Madeline George Pau. Kerjasama Strategik Program ini dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Kuching dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), RELA, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN), dan Pengurusan Kompleks Islam Sarawak (MAJMA Mall). Penganjuran ini diharapkan dapat dijadikan sebagai acara tahunan bagi memperkukuh pemeliharaan alam sekitar, penglibatan komuniti, serta promosi pelancongan di kawasan Sarawak Delta.
Siaran Akhbar, 21 July 2026
Hari Integriti Pentadbiran Bahagian Kuching sebagai Pemacu Perkhidmatan Cemerlang Perkukuh Budaya Kerja Amanah KUCHING – Pentadbiran Bahagian Kuching telah menganjurkan Hari Integriti pada 17 Julai 2026 bertempat di Arkum Tent, Kompleks Islam Kuching. Program yang bertujuan untuk memantapkan nilai integriti dan etika kerja dalam kalangan penjawat awam ini telah dihadiri oleh seramai 125 orang kakitangan. Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian bermakna telah disediakan bagi memberi kesedaran kepada para peserta. Antaranya termasuklah sesi ceramah khas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menekankan kepentingan integriti dalam tadbir urus awam, serta ujian pengesanan dadah dalam air kencing yang dikendalikan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai langkah pencegahan dan pemantauan. Kemuncak program adalah sesi lafaz ikrar bebas rasuah yang dilakukan oleh semua peserta sebagai tanda komitmen teguh dalam memastikan penjawat awam di Pentadbiran Bahagian Kuching kekal bersih, telus, dan bebas daripada sebarang unsur penyelewengan. Pautan ke Galeri Gambar.
Siaran Akhbar, 21 July 2026
KUCHING, 1 Julai 2026 – Telah berlangsung Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Kuching bagi tahun 1448H/2026M bertempat di Arkum Tent, Kompleks Islam Kuching. Majlis yang penuh barakah ini telah dihadiri oleh Tetamu Kehormat, Ketua-ketua Jabatan, serta tetamu jemputan khas bagi menyempurnakan acara penutupan pertandingan Tilawah Al-Quran bagi peringkat bahagian pada tahun ini. Kehadiran orang awam yang mengalir masuk bagi memeriahkan suasana mencerminkan sokongan padu masyarakat setempat terhadap usaha memartabatkan kalam suci Al-Quran. Penganjuran majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk mencari qari dan qariah terbaik, malah menjadi platform dalam memperkukuh syiar Islam serta mengeratkan ukhuwah antara penjawat awam dan masyarakat di Bahagian Kuching. Semoga semangat kecintaan terhadap Al-Quran terus subur dalam sanubari setiap lapisan masyarakat demi kesejahteraan ummah.
Siaran Akhbar, 10 June 2026
Program Teambuilding Pentadbiran Bahagian Kuching telah berlangsung dengan jayanya pada 15 hingga 17 Mei 2026 bertempat di SALCRA Bajo Training Centre, Lundu. Program ini dikenali sebagai R&DO Kuching – Bonding Promax (We Born 2 Bond) dan telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Lundu yang diberi amanah sebagai penganjur utama. Program ini melibatkan penyertaan daripada enam (6) buah pejabat di bawah Pentadbiran Bahagian Kuching iaitu Pejabat Residen Bahagian Kuching, Pejabat Daerah Kuching, Pejabat Daerah Bau, Pejabat Daerah Lundu, Pejabat Daerah Kecil Padawan dan Pejabat Daerah Kecil Sematan. Bagi menggalakkan semangat kerjasama dan interaksi antara peserta, semua peserta telah dibahagikan kepada sebelas (11) kumpulan dengan nama kumpulan yang kreatif dan unik iaitu SERIGALA KAWAII, KOBRA BERBISA, T-REX IMUT, AYAM CHAMPION, PIRANA RONGAK, BERUANG CINTA, BOYAK LANGGOK, JAGUAR MANIS, KALA BERBISA, BUAYA EMAS dan FUNNY MONKEY. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memupuk semangat berpasukan, meningkatkan komunikasi serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga Pentadbiran Bahagian Kuching. Program ini turut menjadi platform untuk membina kerjasama strategik antara pejabat-pejabat yang terlibat. Sebagai kemuncak program, Malam Gemilang Bestari telah diadakan di Dewan SALCRA Bajo. Majlis ini diadakan bagi meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), kakitangan yang berpindah serta kakitangan yang akan bersara. Selain itu, majlis turut diserikan dengan persembahan hiburan daripada setiap pejabat yang mengambil bahagian. Dalam pertandingan persembahan tersebut, Pejabat Daerah Lundu telah dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh Pejabat Residen Bahagian Kuching di tempat kedua, Pejabat Daerah Bau di tempat ketiga dan Pejabat Daerah Kuching menerima saguhati. Di samping itu, program ini turut mengambil kesempatan untuk meraikan Pra-Persaraan YBhg. Residen Bahagian Kuching, Puan Dayang Hajah Joanita Azizah binti Abang Haji Morshidi yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau pada bulan Jun 2026. Penghargaan ini sebagai tanda terima kasih atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat dalam Pentadbiran Bahagian Kuching. Secara keseluruhannya, penganjuran program ini berjaya mencapai objektif dalam memperkukuh semangat kebersamaan, meningkatkan motivasi serta memupuk budaya kerja berpasukan yang lebih erat dalam kalangan warga Pentadbiran Bahagian Kuching. Pautan ke Galeri Gambar.
Siaran Akhbar, 20 March 2025
Pada 20 Mac 2025, Leadership Institute of Sarawak Civil Service telah memperlawa pihak Pentadbiran Bahagian Kuching untuk menghadiri Coaching-Mentoring Engagement Session. Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang bimbingan-mentoring dan untuk memperkenalkan beberapa program yang ditawarkan oleh Leadership Institute of Sarawak Civil Service kepada pegawai SCS. Sesi tersebut telah dihadiri oleh pegawai daripada pelbagai gred dengan jumlah melebihi 50 orang pegawai. Penyampaian Cenderamata
Siaran Akhbar, 02 March 2026
Tahukah anda? Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000. Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit. Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia atau akses pautan berikut:- 1. Pengenalan BE2026 2. Pelaksanaan Operasi BE2026 3. Objektif BE2026
Siaran Akhbar, 27 January 2026
Pautan Surat Rasmi