Permohonan Untuk Diiktiraf Sebagai Bumiputera Sarawak

 

Permohonan Untuk Diiktiraf Sebagai Bumiputera Sarawak


Soalan lazim berkenaan dengan PERMOHONAN UNTUK DIIKTIRAF SEBAGAI BUMIPUTERA SARAWAK
 
BIL. SOALAN JAWAPAN
A. Pengenalan
  • Perkhidmatan ini adalah untuk permohonan diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak.Seorang bawah umur boleh memohon melalui salah seorang ibu bapa/penjaganya.
 
  • Pengiktirafan Bumiputera Sarawak dibawah Jadual (Seksyen 3), Interpretation Ordinance (Pindaan), 2022 dan kuasa meluluskan adalah Setiausaha Kerajaan Sarawak melalui Jawatankuasa Pengiktirafan Bumiputera Sarawak
 
  • Keputusan pengiktirafan adalah di bawah kuasa Kerajaan Sarawak.
1. Siapakah yang layak memohon?
 
Syarat-syarat untuk seseorang itu diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak adalah seperti berikut:
  • Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  • Pemohon adalah anak kandung yang lahir kepada salah seorang Bumiputera Sarawak; dan
  • Salah seorang ibu bapa kandung pemohon mestilah Bumiputera Sarawak
 
2. Siapakah yang tidak layak memohon? Pengecualian pemakaian :
Bagi permohonan yang melibatkan:
  • Anak yang diangkat di mana ibubapa/salah seorang ibu bapa angkat adalah Bumiputera Sarawak; atau
  • Individu yang bukan Bumiputera Sarawak yang berkahwin dengan Bumiputera Sarawak.
Permohonan masih perlu dibuat di bawah peruntukan Bahagian IIIA Native Courts Rules, 1993.
3. Berapakah kadar bayaran yang dikenakan untuk setiap permohonan? Bayaran sebanyak RM 100.00 setiap permohonan dan bayaran tersebut tidak boleh dikembalikan.
 
4. Apakah dokumen yang diperlukan? Sekiranya permohonan dibuat oleh salah seorang ibu bapa/penjaganya untuk kanak-kanak di bawah umur, permohonan tersebut boleh dibuat oleh ibu/bapa/penjaga bagi pihak kanak-kanak.
Permohonan hendaklah dilengkapkan dengan dokumen sokongan berikut:
a. Pemohon:
Salinan kad pengenalan yang disahkan
Salinan sijil kelahiran yang disahkan
Gambar berukuran pasport
 
b. Bapa kandung:
Salinan kad pengenalan/pasport yang disahkan
Salinan sijil kelahiran yang disahkan (hendaklah mempunyai maklumat keturunan/bangsa)
Salinan cabutan sijil kematian (jika berkenaan)
 
c. Ibu kandung:
Salinan kad pengenalan/pasport yang disahkan
Salinan sijil kelahiran yang disahkan (hendaklah mempunyai maklumat keturunan/bangsa)
Salinan cabutan sijil kematian (jika berkenaan)
5. Di mana permohonan boleh dibuat? Permohonan boleh dibuat secara atas talian seperti berikut; https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/744/
6. Bolehkah saya tahu prosedur/cara untuk memohon secara atas talian? Cara membuat permohonan, boleh rujuk di sini.
7. Siapakah yang boleh saya hubungi jika saya perlukan bantuan dengan permohonan dalam talian? Sila hubungi Unit Pentadbiran, Jabatan Premier Sarawak melalui nombor telefon +6082 - 441957.
 
8. Berapa lamakah tempoh bagi masa bagi permohonan ini? Dalam tempoh masa tiga (3) bulan dari penerimaan permohonan yang lengkap (termasuk bayaran).
9. Adakah anak yang lahir kepada satu perkahwinan yang tidak teratur layak untuk memohon? Ya, tertakluk kepada pemohon memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sila rujuk soalan no.1.
10. Sekiranya saya telah memohon untuk dikenali sebagai Bumiputera Sarawak di Mahkamah Bumiputera Sarawak, adakah saya boleh memohon untuk diiktiraf sebagai Bumiputera Sarawak di bawah Jawatankuasa ini? Ya, tertakluk kepada pemohon memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sila rujuk soalan no.1.
11. Jika permohonan saya berjaya, apakah langkah seterusnya? Sijil Pengiktirafan Bumiputera Sarawak akan dikeluarkan oleh pihak Unit Pentadbiran, Jabatan Premier Sarawak dan akan disampaikan kepada pemohon melalui Pejabat Residen Bahagian atau Pejabat Daerah/Pejabat Daerah Kecil.
12. Sekiranya sijil pengiktirafan saya telah hilang atau rosak, bagaimana saya boleh memohon untuk menggantikan sijil tersebut? Permohonan penggantian sijil tersebut boleh dibuat di mana-mana Pejabat Daerah/Pejabat Daerah Kecil berserta dengan laporan polis bagi kehilangan dan jika rosak hendaklah membawa sijil asal.
13. Bagi pemohon yang telah diwartakan untuk dikenali (deemed to be) sebagai Bumiputera Sarawak di bawah Ordinan Mahkamah Bumiputera Sarawak, 1992, adakah pemohon boleh memohon diiktiraf (recognition) di bawah Jawatankuasa ini? Boleh, tertakluk kepada pemohon memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Sila rujuk soalan no.1.
14. Bagaimana dengan permohonan oleh :
  • Isteri atau suami yang bukan Bumiputera Sarawak (di mana kedua-dua ibu bapanya bukan Bumiputera Sarawak); atau
  • Anak angkat bukan Bumiputera Sarawak?
Kes-kes seperti ini masih di bawah bidangkuasa Mahkamah Bumiputera dan permohonan untuk dikenali sebagai Bumiputera Sarawak perlu dikemukakan kepada Mahkamah Bumiputera di bawah Ordinan Mahkamah Bumiputera, 1992 dan bukan di bawah Jawatankuasa ini.