Pendaftaran Probet
Soalan lazim berkaitan dengan PENDAFTARAN PROBET
BIL. | SOALAN | JAWAPAN |
---|---|---|
A. | DEFINISI | “Surat Kuasa Mentadbir” adalah dokumen yang dikeluarkan oleh Pegawai Probet kepada seseorang yang telah dilantik untuk bertindak sebagai Pentadbir harta pusaka si mati yang telah meninggal tanpa meninggalkan wasiat. “Probet adalah Surat Pentadbir yang dikeluarkan oleh Pegawai Probet kepada Pentadbir harta pusaka si mati yang meninggal dunia dengan wasiat. “Pegawai Probet” adalah orang yang seperti dinyatakan dalam Section 2, Administration of Estates Ordinance Cap.80 iaitu : (a) Di Kuching, berkenaan dengan harta orang Melayu dan Dayak ialah Pegawai Daerah, dan berkenaan dengan semua harta lain, orang yang dilantik oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta Kerajaan Sarawak, di mana orang tersebut dikenali dengan gelaran yang diarahkan oleh Menteri melalui pemberitahuan. (Pada masa kini, di Kuching adalah Amanah Raya Berhad) (b) Di tempat lain, Pegawai yang Bertanggungjawab ke atas Daerah (Pada masa kini adalah Pegawai Daerah) “Pentadbir” ialah pemegang surat kuasa yang dilantik oleh Pegawai Probet. “Wasi/Pelaksana” ialah orang yang dilantik oleh si mati semasa hayat untuk menguruskan harta pusaka selepas kematiannya. |
1. | Siapa perlu hadir bersama semasa proses Permohonan Probet? | Wasi yang dilantik seperti di dalam wasiat. |
2. | Sekiranya ada pertikaian di dalam wasiat, apa tindakan selanjutnya? | Nasihatkan wasi atau waris untuk merujuk pertikaian tersebut ke mahkamah tinggi. |
3. | Siapakah yang layak dilantik sebagai Pentadbir? |
According to Section 8, Administration of Estates Ordinance (Chapter 80), 1948 Edition:
The following persons, if of full age and of sound mind, are entitled in the order stated to letters of of administration to a deceased person’s estate :
|
4. | Siapakah yang layak dilantik sebagai wasi atau Pelaksana? |
Rujuk seksyen 7 tertakluk kepada pematuhan seksyen 6. (Quote seksyen 7 dan seksyen 6)
Refer to Section 7 in compliance to Section 6, Administration of Estates Ordinance (Chapter 80), 1948 Edition: Section 6, Administration of Estates Ordinance (Chapter 80), 1948 Edition: A grant of Probate shall not be issued unless-
Section 7, Administration of Estates Ordinance (Chapter 80), 1948 Edition: The following persons are entitled to probate in the order stated:
|
5. | Mengapa Pemohon yang bukan berbangsa Melayu atau Dayak Bukan Bumiputera tidak boleh memohon Surat Kuasa Mentadbir atau Probet di Pejabat Daerah Kuching? | Selaras dengan Administration of Estates Ordinance, Seksyen 2(a) di mana, bagi Pejabat Daerah Kuching, pemohon yang bukan berbangsa Melayu dan Dayak perlu membuat permohonan di Amanah Raya Berhad. Section 2(a), Administration of Estates Ordinance (Chapter 80), 1948 Edition: In Kuching in respect of Malay and Dayak estates the District Officer, and in respect of all other estates the District Officer, and in respect of all other estates the person appointed in that behalf by the Minister by notification in the Sarawak Government Gazette such person being known by such title as the Minister may by notification direct. |
6. | Jika si mati berasal dari Kuching dan mempunyai harta tidak alih di Daerah lain, |
Di mana-mana Pejabat Daerah di mana si mati mempunyai harta tidak alih. |
7. | Adakah Probet /Surat Kuasa Mentadbir yang mempunyai tarikh luput? | Tiada. |
8. | Sekiranya terdapat penyelewengan harta pusaka si mati oleh Pentadbir, adakah Pegawai Probet mempunyai kuasa membatalkan surat kuasa mentadbir/probet tersebut? | Pegawai Probet menyiasat mengikut laporan yang diterima daripada waris dan memanggil kesemua waris untuk bersemuka selaras dengan Seksyen 32 (1), Administration of Estates Ordinance: Section 32(1), Administration of Estates Ordinance (Chapter 80), 1948 Edition: A Probate Officer may revoke his grant of probate or letter of administration at any time upon good cause being shown. |
9. | Jika pemohon mengemukakan dokumen seperti kad pengenalan dalam bentuk format gambar adakah diterima atau ditolak? |
Pemohon dikehendaki untuk mengemukakan salinan fotostat yang diakui sahaja. |
10. | Selepas probet dikeluarkan, adakah salinan wasiat perlu dikepilkan bersama-sama probet tersebut? | Perlu dikepilkan bersama-sama Probet. |
11. | Aset di luar negeri sarawak & di luar negara perlu didaftarkan di dalam LA/probet atau tidak? | Pegawai Probet hanya boleh mengeluarkan Probet / Surat Kuasa Mentadbir yang berada di dalam bidang kuasanya sahaja tertakluk kepada Administration of Estates (Probate and Letters of Administration) Rules 2023, L.N.66/2023.. |
12. | Adakah Pejabat Daerah ada menyediakan perkhidmatan membuat wasiat ataupun tidak? | Tiada. |
13. | Boleh atau tidak anak angkat si mati memohon dan mendaftar Surat Kuasa Mentadbir/probet? |
According to Section 8, Administration of Estates Ordinance (Chapter 80), 1948 Edition:
The following persons, if of full age and of sound mind, are entitled in the order stated to letters of of administration to a deceased person’s estate :
Any creditor of the deceased, who shall enter into a bond for such amount and with such sureties, or has furnished such security, as the Probate Officer shall require.
|
14. | Apakah kriteria dan syarat untuk menjadi Pentadbir Harta Pusaka/Wasi? |
Telah mencapai umur 18 tahun dan berfikiran waras seperti di dalam seksyen 8, Administration of Estates Ordinance (Chapter 80), 1948 Edition.
According to Section 8, Administration of Estates Ordinance (Chapter 80), 1948 Edition: The following persons, if of full age and of sound mind, are entitled in the order stated to letters of of administration to a deceased person’s estate :
Any creditor of the deceased, who shall enter into a bond for such amount and with such sureties, or has furnished such security, as the Probate Officer shall require.
|
15. | Adakah kebenaran daripada waris diperlukan oleh seseorang individu untuk dilantik sebagai Pentadbir/Wasi? | Tiada peruntukkan berkenaan keperluan kebenaran oleh waris dinyatakan di dalam Ordinan. |
16. | Adakah pengesahan daripada KMKK diperlukan oleh seseorang individu untuk menentusahkan aset, waris, domisil, dll. sebelum Surat Kuasa Mentadbir atau Probet dikeluarkan? | Tiada peruntukkan berkenaan keperluan kebenaran oleh waris dinyatakan di dalam Ordinan. |
17. | Sekiranya Surat Kuasa Mentadbir atau Probet hilang, rosak, bolehkah Pentadbir/Wasi memohon salinan pendua bagi Surat Kuasa Mentadbir/Probet? | Boleh dan tiada bayaran akan dikenakan bagi mendapat salinan pendua bagi Surat Kuasa Mentadbir/Probet. |