Pengurusan Anak Angkat
Soalan lazim berkaitan PENGURUSAN ANAK ANGKAT
BIL. | SOALAN | JAWAPAN |
---|---|---|
A. | DEFINISI | 'Ibu/Bapa Angkat' bermaksud orang yang mengangkat atau orang yang berhasrat untuk mengangkat anak menurut Adoption Ordinance, (Cap. 91) [1958 Edition]. ‘Sijil' adalah sijil pengangkatan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 4(3) atau salinan yang dikeluarkan di bawah Seksyen 4(5) menurut Adoption Ordinance, (Cap. 91) [1958 Edition]. ‘Anak’ ialah orang yang belum berkahwin di bawah umur 18 tahun ‘Penjaga’ ialah penjaga yang dilantik oleh mahkamah yang berbidang kuasa atau mengikut Seksyen 4 atau 5 Guardianship of Infants Ordinance [Cap. 93 (1958 Ed.). 'Ibu/Bapa Kandung' bermaksud ibu atau bapa secara biologi kepada anak tanpa mengambil kira sama ada mereka bersekedudukan atau berkahwin secara sah atau tidak sah. ‘Sarawak Connection’ ialah merujuk kepada individu yang: a)lahir di Sarawak dan salah seorang ibu/bapa juga mempunyai Sarawak Connection; b)tinggal secara tetap di Sarawak; atau c)berdomisil di Sarawak. |
1. | Bolehkah seorang wanita bujang mengangkat seorang bayi lelaki? | Boleh, dengan syarat perbezaan jarak umur yang mengangkat hendaklah 21 tahun tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat lain di bawah Adoption Ordinance, (Cap. 91) [1958 Edition]. |
2. | Bolehkah lelaki bujang mengangkat seorang bayi perempuan? | Tidak boleh, kecuali Pegawai Daerah berpuas hati wujud keadaan luar biasa dan istimewa (exceptional and special circumstances) bagi meluluskan permohonan pengangkatan. |
3. | Jika keluarga angkat berasal dari Semenanjung dan tidak menetap di Sarawak, bolehkah mereka mengangkat anak dari Sarawak? |
Boleh, dengan syarat keperluan di bawah Seksyen 5 (2)(b)dipenuhi: Section 5(2)(b), Adoption Ordinance, (Cap. 91) [1958 Edition] : If both or any one of the adopting parents are or is residing in any other part of Malaysia, evidence is furnished to the District Officer of their or his residential address outside Sarawak. |
4. | Bolehkah keluarga angkat dari Sarawak, mengangkat anak bukan warganegara tapi lahir di Sarawak? | Boleh,tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat lain di bawah Adoption Ordinance, (Cap. 91) [1958 Edition].Bagaimanapun, pengangkatan itu tidak akan mengubah status kewarganageraan anak tersebut. |
5. | Bagi pengangkatan anak oleh ibu/bapa angkat yang beragama Islam, bolehkah nama bapa angkat diletakkan sebelum atau selepas nama anak angkat? | Rujuk Fatwa Penamaan Anak Tak Sah Taraf (No. SWK. L.N 110/2021) yang telah dikeluarkan oleh pihak Majlis Islam Sarawak. |
6. | Bolehkah seseorang individu mengangkat anak sendiri yang lahir di luar perkahwinan yang sah? |
Bagi yang bukan beragama Islam, boleh merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak bagi memasukkan nama bapa kandung di dalam sijil kelahiran. Pengangkatan boleh dibuat tetapi tiada keperluan. Bagi yang beragama Islam, pengangkatan boleh dibuat tetapi tidak boleh mem ’bin’ atau ’binti’ kan anak tersebut kepada bapa kandung. |
7. | Bolehkah datuk/nenek mengangkat cucu? |
Boleh, berdasarkan seksyen 2(1) dan tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat lain di bawah Adoption Ordinance, (Cap. 91) [1958 Edition]. Section 2(1), Adoption Ordinance, (Cap. 91) [1958 Edition].: Subject to this Ordinance any person may adopt a child. |
8. | Bolehkah seorang anak yang telah diambil sebagai anak angkat mengikut Ordinan ini, diambil sebagai anak angkat sekali lagi? | Boleh, sepertimana yang diperuntukkan oleh seksyen 6 dan tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat lain di bawah Adoption Ordinance, (Cap. 91) [1958 Edition]. Section 6, Adoption Ordinance, (Cap. 91) [1958 Edition].:
|
9. | Adakah kehadiran fizikal ibubapa kandung anak tersebut diperlukan bagi mendapatkan persetujuan pengangkatan sebelum pengangkatan diluluskan? | Pegawai Daerah boleh meluluskan pengangkatan tanpa kehadiran ibu bapa kandung jika bukti dokumentari sahih bahawa pengambilan anak angkat adalah tulen dan anak tersebut dilahirkan di Sarawak serta mempunyai Sarawak Connection disertakan, dengan syarat Akuan Berkanun yang mengesahkan persetujuan sukarela diberikan oleh ibu bapa kandung. |
10. | Bolehkah ibubapa kandung mengambil semula anak kandung daripada keluarga angkat? | Boleh, dengan mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi untuk membatalkan Sijil Pengangkatan tersebut. |
11. | Di manakah pengangkatan anak angkat dibuat jika keluarga angkat dan anak angkat berasal dari daerah lain? | Rujuk seksyen 3(1)(a), Adoption Ordinance, (Cap. 91) [1958 Edition]. iaitu Pejabat Daerah di mana, mana-mana ibu bapa kandung, ibu bapa angkat, atau penjaga bermastautin. An application for registration of an adoption of a child shall be made in such form as may be prescribed by the State Secretary and submitted to the District Officer for the District where any of the natural parents or adopting parents or guardian resides, together with all documentary and other evidence necessary to satisfy the District Officer of the conditions set out in section 5(1). |
12. | Bolehkah pembatalan sijil anak angkat dibuat? |
Boleh. Rujuk seksyen 7, Adoption Ordinance, (Cap. 91) [1958 Edition].
|
13. | Bolehkah anak yang tiada sijil kelahiran diangkat? | Permohonan tidak boleh dilakukan melainkan permohonan sijil kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Sarawak telah dibuat terlebih dahulu. |
14. | Bolehkah anak beragama Islam diangkat oleh ibu bapa bukan Islam? |
Tidak boleh memandangkan ia bertentangan dengan Hukum Islam. Rujuk seksyen 3(5), Adoption Ordinance, (Cap. 91) [1958 Edition]. It shall be the duty of the District Officer before registering an adoption by a person who professes the Islamic faith to draw the specific attention of such person to section 2(2), and to inform him in clear and unmistakable terms that the adoption of children on such a basis is contrary to the Islamic Law; Provided that no adoption shall be invalid by reason only of the District Officer failing to comply with the provisions of this subsection. |
15. | Bolehkah dengan proses pengangkatan, kewarganegaraan anak ditentukan? | Pengangkatan anak bukan warganegara oleh ibu bapa yang berstatus warganegara tidak menjamin anak tersebut diberikan status warganegara. Perihal kewarganegaraan adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. |
16. | Adakah anak yang bukan Bumiputera Sarawak akan bertukar menjadi status BumiputeraS arawak jika diangkat oleh ibubapa Bumiputera Sarawak? | Pengangkatan anak bukan Bumiputera Sarawak oleh ibu bapa yang berstatus Bumiputera Sarawak tidak menukar status anak tersebut menjadi Bumiputera Sarawak. Permohonan untuk dikenali sebagai Bumiputera Sarawak perlu dibuat di Mahkamah Bumiputera Sarawak dan adalah tertakluk kepada keputusan Mahkamah Bumiputera Sarawak. |
17. | Jika mahkamah mengeluarkan ‘Order’ kepada pemohon sebagai “appointed as the legal guardian”, bolehkah pemohon memohon pengangkatan? Adakah apa-apa urusan berkaitan dengan anak ini hanya guna Perintah Mahkamah sahaja. | Walaupun terdapat Perintah Penjagaan yang dikeluarkan oleh Mahkamah di bawah Guardianship of Infants Ordinance [Cap. 93 (1958 Ed.)], permohonan pengangkatan masih boleh dibuat. Keperluan pengangkatan yang sah di bawah Adoption Ordinance, (Cap. 91) [1958 Edition] masih perlu dipenuhi. Sekiranya pemohon tidak berniat untuk mengangkat anak terbabit, Perintah Penjagaan itu boleh digunakan untuk apa-apa urusan berkaitan anak tersebut. |
18. | Apa perbezaan antara Perintah Penjagaan dengan Sijil Pengangkatan? | Perintah Penjagaan diberi bagi tujuan penjagaan anak tersebut sehingga anak itu mencapai umur 18 tahun atau Perintah Penjagaan itu dibatalkan atau mana-mana terdahulu. Sijil Pengangkatan adalah sah sehingga Sijil Pengangkatan dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. |
19. | Bolehkah pemohon memohon salinan sijil anak angkat yang baru sekiranya sijil anak angkat yang asal hilang atau rosak atau musnah? | Boleh, rujuk seksyen 4(5) Adoption Ordinance (Cap. 91) [1958 Edition]. The District Officer may, upon being satisfied by evidence given by way of any statutory declaration by an applicant, that a certificate of adoption issued by him under subsection(3) has been lost, defaced or damaged, issue a duplicate thereof to the applicant upon payment of the prescribed fees. |