SEJARAH PEMBENTUKAN BAHAGIAN KUCHING & RESIDEN BAHAGIAN KUCHING
Sejak dari abad ke-15, Sarawak merupakan negeri di bawah jajahan Kesultanan Brunei sehingga antimoni ditemui pada tahun 1820. Pada abad ke-19, Sultan Omar Ali Saif-Udin menaiki takhta dan Baginda telah menghantar Pengiran Mahkota ke Kuching untuk memerintah Sarawak. Pada tahun 1836, pemberontakan tercetus oleh penduduk Melayu tempatan dan kaum Dayak Darat (Bidayuh) dari Sungai Sarawak untuk mengisytiharkan kemerdekaan mereka daripada Brunei. Baginda kemudiannya menghantar ayah saudaranya, Raja Muda Hashim yang juga merupakan Bendahara Brunei untuk menumpaskan pemberontakan tersebut tanpa menyingkirkan Pengiran Mahkota daripada perlantikannya. Ini mengakibatkan kekeliruan kekuasaan dan peperangan di antara Mahkota dalam kalangan pemberontak yang diketuai oleh Datu Patinggi Ali.
Di kemuncak pergolakan tersebut, seorang pengembara Inggeris, James Brooke tiba di Kuching pada Ogos 1839. Sarawak pada masa itu adalah sebahagian daripada Kesultanan Brunei. Pemberontakan untuk menentang pemerintahan Pengiran Mahkota di Sarawak yang diketuai oleh Datu Patinggi Ali masa itu, serta ancaman lanun di pesisiran pantai Sarawak, dan perbalahan dalam kalangan penduduk pribumi dari pelbagai puak yang tidak dapat diselesaikan oleh Raja Muda Hashim akhirnya diselesaikan dengan bantuan James Brooke. James Brooke kemudiannya ditabalkan oleh Kesultanan Brunei sebagai Rajah bagi wilayah Tanjung Datu sehingga ke Sungai Samarahan pada tahun 1846. Wilayah tersebut dikenali sebagai Bahagian Kuching sehingga kini.
Asal-usul nama Kuching menurut Abang Othman bin Datu Hakim Haji Moasili (1964) merujuk kepada anak sungai kecil yang mengalir di antara Kuching Chinese General Chamber of Commerce and Industry (kini bangunan tersebut dikenali sebagai Muzium Sejarah Cina) dan Tokong Tua Pek Kong. Sungai tersebut dikenali sebagai Sungei Kuching. Pada asalnya nama Kuching ini hanyalah merujuk kepada anak sungai tersebut di mana nama asal bagi ibu kota Sarawak sebelum ini juga dikenali sebagai Sarawak. Menurut beliau, Almarhum ayahandanya, Datu Hakim Haji Moasili yang dahulu pernah berkhidmat bersama Tuan Muda, Rajah Muda dan Rajah Putih menyatakan antara sebab mengapa Rajah Charles Brooke menukar nama ibu kota Sarawak kepada Kuching pada 12 Ogos 1872. Ini adalah kerana lokasi sungai tersebut yang berdekatan dengan kediamannya (Astana) dan juga anak sungai tersebut terkenal di kalangan pedagang Iban yang datang daripada Bahagian Kedua (kini dikenali sebagai Sri Aman) dengan menaiki sampan untuk berteduh di Sungai Kuching sekiranya mereka datang ke Kuching untuk tujuan berdagang. Menurut beliau juga, pedagang Iban pada masa itu kerap menggunakan perkataan Kuching tanpa menyebut perkataan sungai di dalam percakapan mereka sekiranya mereka ulang-alik ke Kuching. Tambahan pula, antara sebab lain Rajah Charles menukar nama ibu kota daripada Sarawak ke Kuching adalah disebabkan peluasan tanah jajahan Sarawak dan untuk mengelakkan kekeliruan rakyat pada masa itu. Sungai tersebut kini tidak kelihatan kerana telah ditutup pada tahun 1928 untuk pembangunan bandar. Di samping itu, terdapat sumber sejarah menyatakan bahawa nama Kuching ini juga berasal dari pokok buah mata kucing yang ditemui di Bukit Mata.
Berikut adalah peta Kuching tahun 1890 menunjukkan lokasi Sungai Kuching.

Peta Kuching pada tahun 1890
Asal-usul Residen Bahagian mula diperkenalkan pada 1 Jun 1873 menerusi perubahan pada sistem pentadbiran berpusat yang beralih daripada Negeri ke Bahagian. Terdapat tiga Bahagian diperkenalkan pada waktu itu yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pertama, Kedua dan Ketiga di mana setiap bahagian ini ditadbir oleh Residen Kelas Pertama (Resident 1st Class). Manakala, Bahagian Keempat mula ditubuhkan pada tahun 1885, dan Bahagian Kelima pada tahun 1912. Semasa di bawah pentadbiran negeri, Mr. Arthur Chichester Crookshank merupakan Residen Sarawak yang pertama yang dilantik pada tahun 1863. Setelah peralihan sistem pentadbiran berpusat ke sistem pentadbiran bahagian, Mr. Henry Skelton telah dilantik sebagai Residen Bahagian yang pertama pada tahun 1873.
Kemudiannya, Pejabat Residen Bahagian Pertama dimansuhkan pada 1 Oktober 1923 dan pentadbiran Bahagian ditadbir oleh Pegawai Bahagian Kelas 1B (Divisional Officer Class 1B). Mr. C.E.A Ermen telah dilantik untuk memangku jawatan tersebut pada 1 Oktober 1923 sehingga 2 Januari 1924 sebelum dilantik semula pada 1 Mei 1926 sehingga 30 November 1926, kemudiannya pentadibran tersebut ditadbir oleh Mr. P. M. Adams pada 1 Februari 1924 sehingga 9 Oktober 1924, Mr. H.D. Aplin pada 10 October 1924 sehingga 1 Januari 1925, dan berakhir dengan Mr. F.H. Kortright pada 23 September 1927 sehingga 15 November 1927 Pejabat Residen Bahagian kemudiannya ditubuhkan semula pada 15 November 1927 dengan perlantikan Mr. Francis Farrington Boult sebagai Residen pada tahun tersebut.
Pejabat Residen pada mulanya terletak di Old Court House. Bangunan tersebut telah dibina semasa era pemerintahan Rajah Charles Brooke dari tahun 1868 sehingga 1927. Pelan asal bangunan tersebut dibahagikan kepada tiga blok iaitu Blok A, B dan C. Bangunan tersebut merupakan bangunan pentadbiran kerajaan pusat pada ketika itu dan antara pejabat kerajaan yang ada pada masa tersebut adalah Mahkamah, Pejabat Resident, Perbendaharaan, Pejabat Pos, Pejabat Pekapalan, Pejabat Audit, dan Pejabat Percetakan Kerajaan. Kemudiannya Pejabat Residen berpindah ke Bangunan Kerajaan yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg bersebelahan dengan Dewan Tun Abdul Razak (kini dikenali sebagai Borneo Cultures Museum). Pada tahun 1900, pejabat Residen Bahagian dan Daerah telah berpindah ke bangunan yang terletak di persimpangan Jalan Barrack/Jalan Khoo Hun Yeang (berhadapan dengan Balai Polis Sentral) sebelum berpindah ke Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah pada tahun 2013.
Pelan Old Court House

LOKASI PEJABAT RESIDEN & DAERAH KUCHING TERDAHULU-KINI

Old Court House

Bangunan di Jalan Tun Abang Haji Openg (kini tempat letak kereta Borneo Cultures Museum)

Bangunan Pejabat Residen dan Daerah di Jalan Barrack/Jalan Khoo Hun Yeang

Majma Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah