Lesen Perkahwinan Sivil Khas

 

Lesen Perkahwinan Sivil Khas


PENGELUARAN LESEN PERKAHWINAN SIVIL KHAS
SKOP :
Prosedur ini  digunakan di Pentadbiran Bahagian Sarawak yang merangkumi proses-proses berikut:
  1. Permohonan Pendaftaran Perkahwinan Tanpa Memerlukan Pemberitahuan Perkahwinan dan Perakuan Untuk Perkahwinan (Tanpa Notis) (Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Seksyen 21(1)])
  2. Pengupacaraan dan Pendaftaran Perkahwinan Bagi Pasangan Di Mana Pihak Perempuan Berusia Genap 16 tahun Tetapi Belum Mencapai Umur 18 tahun Perkahwinan Perempuan Berumur Di Bawah 18 Tahun Tetapi Telah Genap 16 Tahun (Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Seksyen 21(2)] )
  3. Permohonan Lesen Untuk Mengupacarakan Perkahwinan Di Suatu Tempat Lain Daripada Pejabat Pendaftar (Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Seksyen 21(3)] )
 
BIL. PERKARA KETERANGAN
1. Etika berpakaian Pasangan yang hadir wajib berpakaian kemas dan sopan. (Tidak boleh memakai seluar pendek dan jeans)
 
Lelaki   : Berkemeja yang berkolar dan berkasut
Wanita: Berpakaian sopan dan sandal bertutup
2.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Bayaran
  1. Permohonan Pendaftaran Perkahwinan Tanpa Memerlukan Pemberitahuan Perkahwinan dan Perakuan Untuk Perkahwinan (Tanpa Notis) (Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Seksyen 21(1)])
 
Daftar Perkahwinan: RM20.00
Lesen (JPN.KC01C)  : RM100.00
 
  1. Pengupacaraan dan Pendaftaran Perkahwinan Bagi Pasangan Di Mana Pihak Perempuan Berusia Genap 16 tahun Tetapi Belum Mencapai Umur 18 tahun Perkahwinan Perempuan Berumur Di Bawah 18 Tahun Tetapi Telah Genap 16 Tahun (Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Seksyen 21(2)] )
 
Perakuan Perkahwinan (JPN.KC03)  : RM10.00
Daftar Perkahwinan                            : RM20.00
Lesen (JPN.KC01D)                              : RM10.00
 
** Ibubapa pemohon perempuan WAJIB HADIR bersama ke sesi temu duga yang telah dijadualkan.
 
  1. Permohonan Lesen Untuk Mengupacarakan Perkahwinan Di Suatu Tempat Lain Daripada Pejabat Pendaftar (Akta Membaharui Undang-undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Seksyen 21(3)] )
 
Perakuan Perkahwinan (JPN.KC03)  : RM10.00
Daftar Perkahwinan                            : RM20.00
Lesen (JPN.KC01E)                              : RM500.00
 
3. Dokumen tambahan
(Untuk dibawa semasa sesi temu duga bersama Residen Bahagian Kuching)
Pemohon warganegara:
 
  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon (Lelaki & Perempuan)
  • Salinan kad pengenalan ibu&bapa (Pemohon Lelaki & Perempuan)
 
Pemohon bukan warganegara:
  • Salinan passport (lelaki/ perempuan)
  • Salinan passport ibu bapa pemohon perempuan (JPN.KC01D)
 
** Sekiranya : Ibu bapa telah bercerai, sila kemukakan sijil perceraian.
                        Ibu/ bapa telah meninggal dunia, sila kemukakan sijil kematian.
 
** Sila hadir ke Pejabat Residen Bahagian Kuching 30 minit lebih awal daripada sesi temu
    duga yang telah dijadualkan.