Perkhidmatan: Pungutan Awam

 

Perkhidmatan: Pungutan Awam


Seperti yang sedia maklum, Pejabat Residen Bahagian Kuching menawarkan perkhidmatan Lesen Pungutan Awam.

Borang-borang yang berkaitan boleh dimuat turun di sini.

Berikut merupakan soalan lazim yang berkaitan dengan perkara tersebut.

 
BIL. SOALAN JAWAPAN
A. DEFINISI Lesen Pungutan Awam mengikut Public Collections Ordinance, 1996

Lesen Pungutan Awam dikeluarkan di bawah peruntukan Ordinan Pungutan Awam 1996 yang membenarkan pemegang lesen untuk mengumpul derma daripada orang awam. Permohonan Lesen Pungutan Awam yang merangkumi dalam Bahagian Kuching, proses kelulusan akan dipertimbangkan oleh Residen Bahagian Kuching sahaja. Jika pemohon ingin membuat pungutan awam bagi Peringkat Negeri (pungutan dibuat bagi lebih dari satu Bahagian Pentadbiran), kelulusan permohonan akan dipertimbangkan oleh pihak Unit Pentadbiran, Jabatan Premier Sarawak. 

1. Siapakah yang boleh memohon Lesen Pungutan Awam? Mana-mana orang bagi tujuan awam (public purpose) seperti yang dinyatakan di bawah seksyen 3(2) Public Collection Ordinance, 1996.
 
In this section, a purpose shall be deemed a “public purpose” if-
  • It is a charitable purpose;
  • It is intended to benefit the public or any community or a section of the public; or
  • The Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri has declared it to be a public purpose for the purposes of this Ordinance.
 
Terdapat 4 kategori Lesen Pungutan Awam seperti :
  • PIBG
  • Pertubuhan Berdaftar (ROS)
  • Masjid/Surau/Madrasah
  • Gereja/Kuil/Tokong (UNIFOR)
 
2. Borang apakah yang digunakan untuk memohon Lesen Pungutan Awam dan di manakah borang tersebut boleh diperoleh? Borang Permohonan Lesen (Borang A, Ordinan Pungutan Awam, 1996) (Bab 21) boleh didapatkan di Pejabat Residen Bahagian atau boleh dimuat turun di sini beserta senarai semak dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:  
Senarai semak:
  • PIBG
  • Pertubuhan Berdaftar (ROS)
  • Masjid/Surau/Madrasah
  • Gereja/Kuil/Tokong (UNIFOR)

 
 
3. Bolehkah pungutan awam dilakukan tanpa lesen dan apakah implikasi jika menjalankan pungutan awam tanpa lesen yang sah? Pungutan awam TIDAK BOLEH dilakukan tanpa lesen dan bagi individu yang menjalankan pungutan awam tanpa lesen yang sah akan dikenakan penalti sebanyak RM2,000.00 (Dua Ribu Ringgit Malaysia) dan penjara selama 6 bulan. (Merujuk Public Collections Ordinance, 1996, di bawah Seksyen 13).
 
Any person who –
  • In connection with any appeal to the public or any class of the public for collection, uses or displays any certificate of authority or a collector’s identification card other than a certificate or card which he is authorized under this Ordinance to use or display;
  • Uses or displays any badge, device, emblem, certificate or other document intended, calculated or likely to cause any person to believe that the person displaying or using the same is an authorized collector for the purposes of a licensed collection when such is not the case;
  • Fails to comply with any ofthe terms and conditions in a licence issued herunder;
  • In furnishing any information which he is required under this Ordinance to furnish, furnishes any information which he know or has reason to believe to be false in any material particular; or
  • Contravenes any of the provisions of this Ordinance, commits an offence; Penalty, a fine of two thousand ringgit and imprisonment for six months.
4. Berapa lamakah proses permohonan Lesen Pungutan Awam? Lesen pungutan awam yang lengkap dilulus dan dikeluarkan kepada pemohon dalam tempoh lima (5) hari bekerja.
5. Berapakah jumlah bayaran yang dikenakan untuk lesen pungutan awam yang telah diluluskan dan dimanakah bayaran akan di buat?
 
Bagi setiap permohonan Lesen Pungutan Awam yang telah lulus, bayaran sebanyak RM25.00 akan dikenakan dan pembayaran di buat di Pejabat Daerah dan kembalikan semula resit bayaran kepada Pejabat Residen untuk tujuan pengeluaran Lesen.
 
6. Berapa lamakah tempoh sah Lesen Pungutan Awam? Tempoh sah Lesen Pungutan Awam adalah selama setahun bermula daripada tarikh bayaran dibuat.
 
*(Memo dengan nombor rujukan; RBK/800-5/1/1(59)Jld.3 telah dikeluarkan kepada pihak
Unit Pentadbiran berhubung perkara ini.)
7. Adakah lesen pungutan awam yang telah tamat tempoh boleh diperbaharui? Tidak boleh. Sekiranya lesen pungutan awam telah tamat tempoh, pemohon hendaklah memohon semula lesen baharu. Manakala lesen yang telah tamat tempoh perlu dikembalikan semula ke Pejabat Residen bersama laporan penyata tahunan hasil pungutan dan laporan pungutan.
 
8. Dimanakah had penggunaan Lesen Pungutan Awam bagi permohonan untuk Daerah di dalam Bahagian Kuching?
 
Lesen Pungutan Awam yang dikeluarkan oleh Residen Bahagian Kuching adalah terpakai di seluruh Bahagian Kuching sahaja.
9. Berapakah jumlah pemungut yang boleh dilantik didalam Lesen Pungutan Awam?
 
Tiada jumlah minimum.
 
10. Bagaimanakah proses permohonan Lesen Pungutan Awam untuk seluruh Sarawak? Bagi permohonan lesen pungutan awam seluruh Sarawak diluluskan oleh Setiausaha Kerajaan Sarawak yang dipohon melalui Pejabat Residen Bahagian. Kelulusan adalah terpakai di seluruh Sarawak sahaja.
 
11. Bilakah saya boleh mengemukakan permohonan lesen pungutan awam? Permohonan hendaklah dikemukakan sekurang – kurangnya 4 bulan sebelum tarikh pungutan dibuat dengan mengambilkira proses tapisan keselamatan daripada PDRM.
*Sebarang aktiviti tanpa lesen adalah tidak sah dan diluar tanggungjawab Pejabat Residen Bahagian.