Pengumuman Terkini
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sarawak Maju Makmur.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang ke portal rasmi Pentadbiran Bahagian Kuching dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melayari ke portal rasmi ini.
Mengimbau sejarah Kuching, yang dahulunya dikenali sebagai “The First Division”, di bawah pemerintahan keluarga Brooke. Kuching merupakan pusat dan titik permulaan ke arah pembangunan Sarawak moden. Perkembangan ekonomi dan sistem pentadbiran pada ketika itu sehingga seperti apa yang ada sekarang merupakan bukti penambahbaikan secara berterusan ke arah kemakmuran dan penyampaian perkhidmatan yang efisien.
Siaran Akhbar, 09 February 2026
Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada Kelab Rakan Muda Bandar Baru Samariang (KRMBBS) pada 3 Januari 2026.
Siaran Akhbar, 05 February 2026
KUCHING, 2 Feb: Kontinjen Zon Selatan yang terdiri daripada Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian, tampil dengan semangat tinggi dalam misi untuk mempertahankan gelaran juara kejohanan Sukan Sarawak (SUKSAR) yang dimenangi pada edisi lepas. Residen Bahagian Kuching, Dayang Joanita Azizah Abang Morshidi yang juga Chef de Mission (CDM) Zon Selatan berkata, dengan komposisi seramai 280 anggota, beliau menyatakan keyakinan bahawa pasukannya mampu mengulangi kejayaan pada SUKSAR IV 2026 yang bakal berlangsung pada 5 hingga 8 Februari ini, di tiga lokasi berbeza iaitu Sri Aman, Betong dan Lubok Antu. “Sasaran utama kami adalah untuk mengekalkan gelaran juara keseluruhan SUKSAR. Cabaran untuk mengekalkan kejuaraan ini bukan satu tugas yang mudah namun saya percaya atlet Zon Selatan telah bersedia menyahut cabaran ini,” katanya pada sidang media SUKSAR IV 2026, di Pejabat Residen Bahagian Kuching, di sini, hari ini. Dayang Joanita berkata, kontinjen Zon Selatan terdiri daripada 205 atlet (116 lelaki, 89 perempuan), 46 pegawai pasukan termasuk pengurus dan jurulatih serta 29 urus setia yang akan memastikan kelancaran logistik sepanjang temasya SUKSAR edisi tahun ini. Menurut beliau, Zon Selatan akan menyertai kesemua 11 acara sukan dan mensasarkan dominasi dalam beberapa sukan utama seperti tinju, berbasikal, petanque, sepak takraw dan sofbol. “Atlet Zon Selatan dipilih melalui saringan yang ketat serta telah menjalani latihan yang intensif. Berdasarkan prestasi latihan, kami mensasarkan untuk mendominasi sekurang-kurangnya lima daripada 11 sukan yang dipertandingkan,” ujarnya. Pada masa sama, Dayang Joanita turut mengingatkan bahawa kejayaan atlet Zon Selatan di SUKSAR IV bukan hanya untuk merebut kemenangan, tetapi juga sebagai langkah persediaan untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan diadakan di Selangor pada Ogos nanti. Zon Selatan muncul juara keseluruhan pada SUKSAR III 2024 di Sibu dengan meraih 63 pingat emas daripada 105 keseluruhan emas yang dipertandingkan, bersama 43 pingat perak dan 37 pingat gangsa, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 143 pingat.
Siaran Akhbar, 22 January 2026
Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) Sarawak pada 20 Januari 2026. Delegasi tersebut diketuai oleh Pengarah Negeri, Puan Aireen Amani binti Guyah bersama dua orang lagi pegawainya. Turut hadir bersama, Ketua Unit Sumber Manusia Pejabat Residen Bahagian Kuching, Puan Nur Nahdatul Nadia binti Rely. Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PERHEBAT.
Siaran Akhbar, 02 May 2025
SABTU, 26 APRIL 2025 : Kumpulan Kerja Pendidikan Awam dan Penyertaan Komuniti Sarawak Delta Geopark (SDGp) yang diketuai oleh Residen Bahagian Kuching telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Komuniti Sarawak Delta Geopark di Kampung Semaba pada pagi ini. Sesi Libat Urus bersama Komuniti Sarawak Delta Geopark di Kampung Semaba bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan penglibatan komuniti Semaba untuk memperkasakan komuniti dalam ilmu geologi, warisan tempatan dan memulihara geotapak bertaraf antarabangsa iaitu batuan Syis Tuang Semaba. Sesi libat urus ini juga adalah salah satu usaha untuk persiapan ke penilaian UNESCO pada Jun nanti. Sesi libat urus ini melibatkan 40 orang komuniti Kampung Semaba dan penduduk Country Hills termasuk ahli JKKK Semaba serta jemputan agensi. Geotalk bertajuk "What is Sarawak Delta Geopark?" telah disampaikan oleh Dr Dana Ak Badang dari Unit Geopark, Jabatan Hutan Sarawak dan Taklimat berkenaan "Batuan Syis Tuang : Batuan Dasar Borneo" oleh En John Ak Joseph Jinap dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Turut hadir di sesi libat urus ini adalah Pegawai Tadbir Encik Joseph Ak Liaw yang mewakili Residen Bahagian Kuching selaku Pengerusi Kumpulan Kerja Pendidikan Awam dan Penyertaan Komuniti Sarawak Delta Geopark (SDGp) Bahagian Kuching, Tuan Thomas Ak Gown Ketua Kampung Semaba dan Tuan Henry Jalin dari Majlis Perbandaran Padawan.
Siaran Akhbar, 02 May 2025
Pada 16 April 2025, Residen Bahagian Kuching telah membuat Lawatan Sesi Libat Urus SDGp ke Kampung Peros dan Paku Rock Maze.
Siaran Akhbar, 09 April 2025
Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada SATT College pada 8 April 2025. Rombongan tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej SATT, Encik Fabian bin Henry dan diiringi oleh Pegawai Pemasaran Kolej SATT, Encik Mu’izzulfiqar bin Matelee, dan Penyelaras Program Pelancongan, Puan Joanna anak Jawek. Tujuan mereka mengadakan kunjungan hormat ini adalah untuk memperkenalkan program latihan yang berkaitan dengan industri hospitaliti dan pelancongan seperti kursus Sijjil Hos Komuniti Setempat bersama PBT Sarawak khususnya di Bahagian Kuching yang amat signifikan sebagai langkah persiapan untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026.
Siaran Akhbar, 20 March 2025
Pada 20 Mac 2025, Leadership Institute of Sarawak Civil Service telah memperlawa pihak Pentadbiran Bahagian Kuching untuk menghadiri Coaching-Mentoring Engagement Session. Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang bimbingan-mentoring dan untuk memperkenalkan beberapa program yang ditawarkan oleh Leadership Institute of Sarawak Civil Service kepada pegawai SCS. Sesi tersebut telah dihadiri oleh pegawai daripada pelbagai gred dengan jumlah melebihi 50 orang pegawai. Penyampaian Cenderamata
Siaran Akhbar, 12 March 2025
Pada 20 Februari 2025 hingga 21 Februari 2025, pihak Pejabat Residen Bahagian Kuching telah mengadakan Lawatan Penandaarasan Ke Bahagian Kawalan Kredit Komuniti Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT). Sesi Taklimat di Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya pada 20 Februari 2025 (Khamis) oleh Encik Muhammad Ziyad Izdihar bin Lim, Ketua Cawangan Dasar, Merangkap Timbalan Pendaftar. Pihak Pejabat Residen Bahagian Kuching telah membuat lawatan ke premis Juara Partners Sdn Bhd, yang telah menerima Anugerah Madani 2024 (Pengurusan Kredit Komuniti Terbaik di Malaysia) , untuk simulasi pemantauan dan penguatkuasaan pada 21 Februari 2025. Sesi perkongsian daripada Juara Partners Sdn Bhd, Pemenang Anugerah Kredit Madani (AKM) 2024.
Siaran Akhbar, 06 March 2025
Lawatan Tapak oleh YBrs Residen Bahagian Kuching & Penyerahan sumbangan NGOs NADMA kepada mangsa kebakaran Kpg Tabuan Lot di Pusat Perpindahan Sementara(PPS) Dewan Hj Wan Junaidi, Tabuan.
Siaran Akhbar, 27 January 2026
Pautan Surat Rasmi