Sila ambil perhatian, untuk tujuan Surat Akuan Sumpah, hanya penama pada Surat Akuan tersebut perlu hadir sendiri berjumpa pegawai. Tiada wakil dibenarkan.
Sila ambil perhatian, untuk tujuan Surat Akuan Sumpah, hanya penama pada Surat Akuan tersebut perlu hadir sendiri berjumpa pegawai. Tiada wakil dibenarkan.
Bagi Surat Akuan Sumpah yang berkaitan dengan jabatan/agensi lain, mohon untuk mengambil surat akuan bersumpah tersebut di tempat jabatan/agensi masing-masing yang memerlukan khidmat akuan tersebut. Pejabat daerah hanya untuk kelulusan untuk mengangkat sumpah sahaja.
Sila bawa SETEM HASIL RM10 semasa membuat Akaun Bersumpah di Pejabat Daerah. Setem boleh didapati di Pejabat Pos atau di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Selain dari Pejabat Daerah, mahkamah tinggi juga membekalkan perkhidmatan bagi akuan bersumpah yang memerlukan kuasa Majistret dan Pesuruhjaya Sumpah (Commisioner Of Oath).
Untuk perkhidmatan akuan sumpah persendirian, sila klik di ruang MUAT TURUN untuk mendapatkan borang kosong bagi memudahkan pelanggan.