Senapang Patah (Shot Gun)

 

Senapang Patah (Shot Gun)


TUKAR HAKMILIK SENAPANG PATAH (Shot Gun)

Pada ketika ini, Permohonan Pemindahan Hak Milik Senapang Patah hanya boleh dilakukan dalam 2 cara iaitu:
1. Melalui Probet (Pemilik senjata api sudah meninggal dunia),
2. Semasa Hayat (Pemilik senjata api masih hidup).
Untuk kedua-dua cara di atas, Pemohon perlu mengemukakan dokumen-dokumen seperti Laporan Kesihatan oleh Doktor daripada Klinik atau Hospital Kerajaan dan senjata api telah diperiksa oleh pihak Polis dan didapati berfungsi serta masih boleh digunakan. Tapisan keselamatan terhadap pemohon akan dilakukan oleh Polis setelah borang permohonan yang dihantar oleh Pejabat Daerah untuk tindakan lanjut.

Bagi Permohonan Pemindahan Hak Milik Semasa Hayat, syaratnya adalah seperti berikut:
1. Pemilik senapang mestilah berumur 65 tahun ke atas. Jika tidak (belum mencapai usia tersebut), Laporan Kesihatan dari doktor kerajaan (Klinik atau hospital) perlu disertakan.
2. Hanya dipindah ke anak pemilik sahaja, lelaki atau perempuan.

UNDANG-UNDANG BERKAITAN
Akta Senjata Api, 1960
Pekeliling-pekeliling Senta Api yang berkaitan

TATACARA PERMOHONAN PINDAHMILIK SENAPANG PATAH

1. Dua (2) keeping gambar berukuran passport,
2. Salinan asal lessen senapang patah (ms1-5),
3. Surat pengesahan pemeriksaan senapang patah oleh Polis & DO,
4. Salinan Kad Pengenalan pemohon & pemilik senapang patah,
5. Salinan Sijil kelahiran pemohon/surat akuan sumpah,
6. Salinan surat kuasa pentadbir (Letter Administration) dan surat persetujuan daripada pemegang surat kuasa pentadbir atau surat setuju pindahmilik daripada pemilik asal senapang patah,
7. Salinan geran tanah atau surat pengesahan pemilikan tanah pertanian & tanah NCR daripada Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat bersaksikan oleh DO/SAO,
8. Surat menyimpan senapang patah di Balai Polis bagi pindahmilik yang diurus melalui Probet,
9. Resit Bayaran RM2.00

Borang permohonan Borang 1, perlu dilengkapkan semasa mengemukakan permohonan.

PERMIT MEMBELI PELURU
MAKLUMAN UMUM
Pembelian peluru senapang patah dihadkan kepada 10 butir sahaja sebulan. Pemohon diwajibkan membawa kelongsong peluru terpakai apabila membuat pembelian.

UNDANG-UNDANG BERKAITAN
1) Akta Senjata Api, 1960
2) Pekeliling-pekeliling

YURAN BAYARAN
RM2.00

DOKUMEN/PERKARA YANG PERLU DIBAWA SEMASA MENGAMBIL/MEMBELI PERMIT
1. Kad Pengenalan
2. Lesen Miliki dan Menggunakan atau Membawa dan Menggunakan Senapang Patah yang sah.
3. Kelongsong peluru terpakai (cth. 10 butir kelongsong terpakai)