Majlis Penyerahan Bendera MAKSAK Bahagian Kuching bagi Kejohanan Bola Tampar MAKSAK Sarawak Games 2026
Posted on 23 Sep 2026
Source of News: Pejabat Residen Bahagian Kuching
KUCHING – Majlis Penyerahan Bendera bagi Kejohanan Bola Tampar MAKSAK Sarawak Games 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 22 September 2026, jam 2.30 petang, bertempat di Pejabat Residen Bahagian Kuching.
MAKSAK Sarawak Games 2026 bagi Kejohanan Bola Tampar akan berlangsung pada 25 hingga 27 September 2026 bertempat di Politeknik Mukah, Sarawak.
Semoga kontinjen bola tampar MAKSAK Bahagian Kuching terus bersemangat, berdisplin dan memberikan saingan terbaik sepanjang MAKSAK Sarawak Games 2026. Semoga kejohanan ini menjadi platform untuk mempererat hubungan silaturahim serta memupuk budaya hidup sihat dalam kalangan warga perkhidmatan awam.
‘BADAN SIHAT, MENTAL CERGAS, PRODUKTIVITI MENINGKAT’



