Pentadbiran Bahagian Kuching Terima Lawatan Tinjauan dan Sesi Libat Urus AKPANS 2026
Posted on 06 Oct 2026
Source of News: Pejabat Residen Bahagian Kuching
KUCHING, 2 Oktober 2026 – Pejabat Residen Bahagian Kuching hari ini telah menerima kunjungan bagi sesi Lawatan Tinjauan dan Libat Urus Anugerah Kualiti Pentadbiran dan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (AKPANS) 2026.
Lawatan tersebut bertujuan untuk menilai tahap kualiti penyampaian perkhidmatan awam di Pentadbrian Bahagian Kuching serta memberikan perspektif profesional bagi meningkatkan mutu tadbir urus sedia ada.
Pihak Pentadbiran Bahagian Kuching menekankan komitmen mereka dalam melaksanakan penambahbaikan berterusan berdasarkan laporan Opportunity for Improvement (OFI) daripada penilaian tahun 2025. Sebagai langkah proaktif, sebuah Jawatankuasa AKPANS khusus telah ditubuhkan bagi memastikan setiap kriteria penilaian dipantau secara sistematik menjelang penilaian AKPANS 2027.
Sesi libat urus kali ini memberikan fokus kepada empat aspek utama iaitu status semasa, perubahan yang telah dilaksanakan, mengenal pasti kekurangan, serta mendapatkan bimbingan pakar bagi menutup jurang prestasi dalam lapan kriteria penilaian AKPANS.