Majlis Penyerahan Bendera MAKSAK Bahagian Kuching bagi Kejohanan Pickleball MAKSAK Sarawak Games 2026
Posted on 23 Sep 2026
Source of News: Pejabat Residen Bahagian Kuching
KUCHING – Majlis Penyerahan Bendera bagi Kejohanan Pickleball MAKSAK Sarawak Games 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 17 September 2026, jam 2.15 petang, bertempat di Pejabat Residen Bahagian Kuching.
MAKSAK Sarawak Games 2026 bagi Kejohanan Pickleball akan berlangsung pada 19 hingga 20 September 2026 bertempat di Kenyalang Pickleball Bintulu, Sarawak.
Semoga pasukan MAKSAK Bahagian Kuching berjaya membawa pulang kemenangan dengan sasaran pingat emas, seterusnya mengekalkan rekod kejuaraan yang lepas.
‘BADAN SIHAT, MENTAL CERGAS, PRODUKTIVITI MENINGKAT’


