Berita

 

Majlis Penyerahan Bendera MAKSAK Bahagian Kuching bagi Bola Jaring MAKSAK Bahagian 2026

Disiarkan pada 06 Aug 2026
Sumber Berita: Pejabat Residen Bahagian Kuching

KUCHING – Majlis Penyerahan Bendera bagi pasukan Bola Jaring MAKSAK Bahagian Kuching bagi tahun 2026 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 5 Ogos 2026, bertempat di Pejabat Residen Bahagian Kuching.
 
Pejabat Residen Bahagian Kuching telah diberi kepercayaan untuk mewakili pasukan Bola Jaring MAKSAK Bahagian Kuching pada tahun ini. Untuk makluman, kejohanan tersebut dijadualkan berlangsung dari 7 hingga 9 Ogos 2026 bertempat di Stadium Tertutup Sibu.
 
Pemilihan pemain yang mewakili pelbagai agensi ini mencerminkan semangat kesukanan dan kerjasama erat antara jabatan, yang terdiri daripada Jabatan Penerangan Malaysia, Lembaga Pelancongan Sarawak, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, Majlis Perbandaran Padawan, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (RECODA), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Hospital Umum Sarawak, MAKSAK Sarawak serta Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
 
Bagi pengurusan pasukan bola jaring pada edisi kali ini, tanggungjawab tersebut digalas oleh Puan Syantinee binti Sarkawi, manakala tugasan sebagai jurulatih diamanahkan kepada Miss Lau Siew Wei daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.
 
Semoga pasukan MAKSAK Bahagian Kuching berjaya membawa pulang kemenangan dengan sasaran pingat emas, seterusnya mengekalkan rekod kejuaraan yang lepas.

`BADAN SIHAT, MENTAL CERGAS, PRODUKTIVITI MENINGKAT'