News

 

YAPIEM Sarawak Adakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Residen Bahagian Kuching

Posted on 23 Sep 2026
Source of News: Pejabat Residen Bahagian Kuching
KUCHING, 23 September 2026 - Pengurus YAPIEM Sarawak telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Residen Bahagian Kuching, Puan Dayang Hajah Joanita Azizah binti Abang Haji Morshidi pada 22 September 2026, jam 3.00 petang.
 
Kunjungan ini bertujuan untuk meneroka ruang dan peluang Kerjasama strategik serta memperkukuhkan hubungan sinergi antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPIEM) dan Pejabat Residen Bahagian Kuching.
 
Dalam pertemuan tersebut, pihak YAPIEM telah membentangkan tiga aktiviti teras utama organisasi iaitu Pembangunan Ekonomi, Pendidikan, serta Pembangunan Kemasyarakatan. Antara inisiatif utama yang dikongsikan termasuklah Program Inspirasi Pendidikan, Bantuan Makanan, Bantuan Kewangan, serta Program Sinar Lestari dan Inpirasi Qaseh Raya.
 
Kerjasama strategik ini diharapkan dapat memantapkan lagi fungsi YAPIEM dalam meningkatkan kesejahteraan Pembangunan sosioekonomi ummah, khususnya bagi penduduk di sekitar Bahagian Kuching melalui pelbagai bantuan peralatan, infra dan sokongan dana korporat.