Berita

 

Program Hari Integriti Pentadbiran Bahagian Kuching Tahun 2026

Disiarkan pada 21 Jul 2026
Sumber Berita: Pejabat Residen Bahagian Kuching
Hari Integriti Pentadbiran Bahagian Kuching sebagai Pemacu Perkhidmatan Cemerlang Perkukuh Budaya Kerja Amanah
 
KUCHING – Pentadbiran Bahagian Kuching telah menganjurkan Hari Integriti pada 17 Julai 2026 bertempat di Arkum Tent, Kompleks Islam Kuching. Program yang bertujuan untuk memantapkan nilai integriti dan etika kerja dalam kalangan penjawat awam ini telah dihadiri oleh seramai 125 orang kakitangan.
 
Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian bermakna telah disediakan bagi memberi kesedaran kepada para peserta. Antaranya termasuklah sesi ceramah khas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menekankan kepentingan integriti dalam tadbir urus awam, serta ujian pengesanan dadah dalam air kencing yang dikendalikan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai langkah pencegahan dan pemantauan.
 
Kemuncak program adalah sesi lafaz ikrar bebas rasuah yang dilakukan oleh semua peserta sebagai tanda komitmen teguh dalam memastikan penjawat awam di Pentadbiran Bahagian Kuching kekal bersih, telus, dan bebas daripada sebarang unsur penyelewengan.