Berita

 

Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Kuching Tahun 1448H/2026M

Disiarkan pada 21 Jul 2026
Sumber Berita: Pejabat Residen Bahagian Kuching

KUCHING, 1 Julai 2026 – Telah berlangsung Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Kuching bagi tahun 1448H/2026M bertempat di Arkum Tent, Kompleks Islam Kuching.

Majlis yang penuh barakah ini telah dihadiri oleh Tetamu Kehormat, Ketua-ketua Jabatan, serta tetamu jemputan khas bagi menyempurnakan acara penutupan pertandingan Tilawah Al-Quran bagi peringkat bahagian pada tahun ini. Kehadiran orang awam yang mengalir masuk bagi memeriahkan suasana mencerminkan sokongan padu masyarakat setempat terhadap usaha memartabatkan kalam suci Al-Quran.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk mencari qari dan qariah terbaik, malah menjadi platform dalam memperkukuh syiar Islam serta mengeratkan ukhuwah antara penjawat awam dan masyarakat di Bahagian Kuching.

Semoga semangat kecintaan terhadap Al-Quran terus subur dalam sanubari setiap lapisan masyarakat demi kesejahteraan ummah.