Pengumuman Terkini
Siaran Akhbar, 21 July 2026
Hari Integriti Pentadbiran Bahagian Kuching sebagai Pemacu Perkhidmatan Cemerlang Perkukuh Budaya Kerja Amanah KUCHING – Pentadbiran Bahagian Kuching telah menganjurkan Hari Integriti pada 17 Julai 2026 bertempat di Arkum Tent, Kompleks Islam Kuching. Program yang bertujuan untuk memantapkan nilai integriti dan etika kerja dalam kalangan penjawat awam ini telah dihadiri oleh seramai 125 orang kakitangan. Sepanjang program berlangsung, pelbagai pengisian bermakna telah disediakan bagi memberi kesedaran kepada para peserta. Antaranya termasuklah sesi ceramah khas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menekankan kepentingan integriti dalam tadbir urus awam, serta ujian pengesanan dadah dalam air kencing yang dikendalikan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sebagai langkah pencegahan dan pemantauan. Kemuncak program adalah sesi lafaz ikrar bebas rasuah yang dilakukan oleh semua peserta sebagai tanda komitmen teguh dalam memastikan penjawat awam di Pentadbiran Bahagian Kuching kekal bersih, telus, dan bebas daripada sebarang unsur penyelewengan.
Siaran Akhbar, 21 July 2026
KUCHING, 1 Julai 2026 – Telah berlangsung Majlis Penangguhan Tilawah Al-Quran Peringkat Bahagian Kuching bagi tahun 1448H/2026M bertempat di Arkum Tent, Kompleks Islam Kuching. Majlis yang penuh barakah ini telah dihadiri oleh Tetamu Kehormat, Ketua-ketua Jabatan, serta tetamu jemputan khas bagi menyempurnakan acara penutupan pertandingan Tilawah Al-Quran bagi peringkat bahagian pada tahun ini. Kehadiran orang awam yang mengalir masuk bagi memeriahkan suasana mencerminkan sokongan padu masyarakat setempat terhadap usaha memartabatkan kalam suci Al-Quran. Penganjuran majlis ini bukan sahaja bertujuan untuk mencari qari dan qariah terbaik, malah menjadi platform dalam memperkukuh syiar Islam serta mengeratkan ukhuwah antara penjawat awam dan masyarakat di Bahagian Kuching. Semoga semangat kecintaan terhadap Al-Quran terus subur dalam sanubari setiap lapisan masyarakat demi kesejahteraan ummah.
Siaran Akhbar, 10 June 2026
Program Teambuilding Pentadbiran Bahagian Kuching telah berlangsung dengan jayanya pada 15 hingga 17 Mei 2026 bertempat di SALCRA Bajo Training Centre, Lundu. Program ini dikenali sebagai R&DO Kuching – Bonding Promax (We Born 2 Bond) dan telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Lundu yang diberi amanah sebagai penganjur utama. Program ini melibatkan penyertaan daripada enam (6) buah pejabat di bawah Pentadbiran Bahagian Kuching iaitu Pejabat Residen Bahagian Kuching, Pejabat Daerah Kuching, Pejabat Daerah Bau, Pejabat Daerah Lundu, Pejabat Daerah Kecil Padawan dan Pejabat Daerah Kecil Sematan. Bagi menggalakkan semangat kerjasama dan interaksi antara peserta, semua peserta telah dibahagikan kepada sebelas (11) kumpulan dengan nama kumpulan yang kreatif dan unik iaitu SERIGALA KAWAII, KOBRA BERBISA, T-REX IMUT, AYAM CHAMPION, PIRANA RONGAK, BERUANG CINTA, BOYAK LANGGOK, JAGUAR MANIS, KALA BERBISA, BUAYA EMAS dan FUNNY MONKEY. Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan bagi memupuk semangat berpasukan, meningkatkan komunikasi serta memperkukuh hubungan silaturahim dalam kalangan warga Pentadbiran Bahagian Kuching. Program ini turut menjadi platform untuk membina kerjasama strategik antara pejabat-pejabat yang terlibat. Sebagai kemuncak program, Malam Gemilang Bestari telah diadakan di Dewan SALCRA Bajo. Majlis ini diadakan bagi meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), kakitangan yang berpindah serta kakitangan yang akan bersara. Selain itu, majlis turut diserikan dengan persembahan hiburan daripada setiap pejabat yang mengambil bahagian. Dalam pertandingan persembahan tersebut, Pejabat Daerah Lundu telah dinobatkan sebagai juara, diikuti oleh Pejabat Residen Bahagian Kuching di tempat kedua, Pejabat Daerah Bau di tempat ketiga dan Pejabat Daerah Kuching menerima saguhati. Di samping itu, program ini turut mengambil kesempatan untuk meraikan Pra-Persaraan YBhg. Residen Bahagian Kuching, Puan Dayang Hajah Joanita Azizah binti Abang Haji Morshidi yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau pada bulan Jun 2026. Penghargaan ini sebagai tanda terima kasih atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat dalam Pentadbiran Bahagian Kuching. Secara keseluruhannya, penganjuran program ini berjaya mencapai objektif dalam memperkukuh semangat kebersamaan, meningkatkan motivasi serta memupuk budaya kerja berpasukan yang lebih erat dalam kalangan warga Pentadbiran Bahagian Kuching. Pautan ke Galeri Gambar.
Siaran Akhbar, 20 March 2025
Pada 20 Mac 2025, Leadership Institute of Sarawak Civil Service telah memperlawa pihak Pentadbiran Bahagian Kuching untuk menghadiri Coaching-Mentoring Engagement Session. Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang bimbingan-mentoring dan untuk memperkenalkan beberapa program yang ditawarkan oleh Leadership Institute of Sarawak Civil Service kepada pegawai SCS. Sesi tersebut telah dihadiri oleh pegawai daripada pelbagai gred dengan jumlah melebihi 50 orang pegawai. Penyampaian Cenderamata
Siaran Akhbar, 27 January 2025
Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Wilayah Kuching yang baharu, Encik Effendy Syaiful bin Abdullah. Turut hadir bersama adalah Puan Katherine Lee Wui Sieng, Pengurus Kanan, dan Ketua Seksyen Pembangunan Pejabat Residen Bahagian Kuching, Puan Siti Rohaya binti Haji Wahet.
Siaran Akhbar, 17 December 2024
Pejabat ini telah menerima lawatan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Sarawak. Rombongan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah, Encik Mike Palmer anak Frankie Riya dan disertai oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Residen Bahagian Kuching dan Pejabat Daerah Kuching. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi khidmat nasihat tentang pengendalian dokumen rahsia dan sulit seperti yang digariskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Siaran Akhbar, 10 December 2024
Residen Bahagian Kuching telah dijemput untuk menjadi panel bagi Executive Forum bertajuk “Leading with Empathy: Fostering Wellbeing & Performance at Work” yang diadakan pada 9 Disember 2024 bertempat di Hilton Kuching. Turut hadir sebagai panel ialah Prof. Madya Dr. Nor Mazlina binti Ghazali, Tmbalan Pengarah Learning Advancement, Centre for Applied Learning Multimedia (CALM), UNIMAS, dan Dr. Rosliwati binti Md. Yusoff, Pengarah Hospital Sentosa Kuching. Forum ini dikendalikan oleh Puan Jessie Melling daripada Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak. Topik forum ini lebih untuk berkongsi pandangan dan perspektif kepimpinan dengan empati.
Siaran Akhbar, 06 December 2024
Album
Siaran Akhbar, 06 December 2024
Pada 26 November 2024, Puan Dayang Hajah Joanita, selaku Residen Bahagian Kuching, telah menerima kunjungan daripada pihak Sarawak Energy Berhad. Kunjungan tersebut bertujuan untuk memberi taklimat ringkas tentang Projek "New EHV Kuching Ring Network Development".
Siaran Akhbar, 02 March 2026
Tahukah anda? Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000. Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit. Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia atau akses pautan berikut:- 1. Pengenalan BE2026 2. Pelaksanaan Operasi BE2026 3. Objektif BE2026
Siaran Akhbar, 27 January 2026
Pautan Surat Rasmi