LAWATAN DAN KHIDMAT NASIHAT KESELAMATAN PERLINDUNGAN DI PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN KUCHING
Disiarkan pada 17 Dec 2024
Sumber Berita: Pejabat Residen Bahagian Kuching
Pejabat ini telah menerima lawatan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Sarawak. Rombongan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah, Encik Mike Palmer anak Frankie Riya dan disertai oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Residen Bahagian Kuching dan Pejabat Daerah Kuching. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi khidmat nasihat tentang pengendalian dokumen rahsia dan sulit seperti yang digariskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.