Pengumuman Terkini
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Sarawak Maju Makmur.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang ke portal rasmi Pentadbiran Bahagian Kuching dan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk melayari ke portal rasmi ini.
Mengimbau sejarah Kuching, yang dahulunya dikenali sebagai “The First Division”, di bawah pemerintahan keluarga Brooke. Kuching merupakan pusat dan titik permulaan ke arah pembangunan Sarawak moden. Perkembangan ekonomi dan sistem pentadbiran pada ketika itu sehingga seperti apa yang ada sekarang merupakan bukti penambahbaikan secara berterusan ke arah kemakmuran dan penyampaian perkhidmatan yang efisien.
Siaran Akhbar, 02 May 2025
SABTU, 26 APRIL 2025 : Kumpulan Kerja Pendidikan Awam dan Penyertaan Komuniti Sarawak Delta Geopark (SDGp) yang diketuai oleh Residen Bahagian Kuching telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Komuniti Sarawak Delta Geopark di Kampung Semaba pada pagi ini. Sesi Libat Urus bersama Komuniti Sarawak Delta Geopark di Kampung Semaba bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan penglibatan komuniti Semaba untuk memperkasakan komuniti dalam ilmu geologi, warisan tempatan dan memulihara geotapak bertaraf antarabangsa iaitu batuan Syis Tuang Semaba. Sesi libat urus ini juga adalah salah satu usaha untuk persiapan ke penilaian UNESCO pada Jun nanti. Sesi libat urus ini melibatkan 40 orang komuniti Kampung Semaba dan penduduk Country Hills termasuk ahli JKKK Semaba serta jemputan agensi. Geotalk bertajuk "What is Sarawak Delta Geopark?" telah disampaikan oleh Dr Dana Ak Badang dari Unit Geopark, Jabatan Hutan Sarawak dan Taklimat berkenaan "Batuan Syis Tuang : Batuan Dasar Borneo" oleh En John Ak Joseph Jinap dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Turut hadir di sesi libat urus ini adalah Pegawai Tadbir Encik Joseph Ak Liaw yang mewakili Residen Bahagian Kuching selaku Pengerusi Kumpulan Kerja Pendidikan Awam dan Penyertaan Komuniti Sarawak Delta Geopark (SDGp) Bahagian Kuching, Tuan Thomas Ak Gown Ketua Kampung Semaba dan Tuan Henry Jalin dari Majlis Perbandaran Padawan.
Siaran Akhbar, 02 May 2025
Pada 16 April 2025, Residen Bahagian Kuching telah membuat Lawatan Sesi Libat Urus SDGp ke Kampung Peros dan Paku Rock Maze.
Siaran Akhbar, 09 April 2025
Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada SATT College pada 8 April 2025. Rombongan tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej SATT, Encik Fabian bin Henry dan diiringi oleh Pegawai Pemasaran Kolej SATT, Encik Mu’izzulfiqar bin Matelee, dan Penyelaras Program Pelancongan, Puan Joanna anak Jawek. Tujuan mereka mengadakan kunjungan hormat ini adalah untuk memperkenalkan program latihan yang berkaitan dengan industri hospitaliti dan pelancongan seperti kursus Sijjil Hos Komuniti Setempat bersama PBT Sarawak khususnya di Bahagian Kuching yang amat signifikan sebagai langkah persiapan untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026.
Siaran Akhbar, 20 March 2025
Pada 20 Mac 2025, Leadership Institute of Sarawak Civil Service telah memperlawa pihak Pentadbiran Bahagian Kuching untuk menghadiri Coaching-Mentoring Engagement Session. Objektif utama program ini adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang bimbingan-mentoring dan untuk memperkenalkan beberapa program yang ditawarkan oleh Leadership Institute of Sarawak Civil Service kepada pegawai SCS. Sesi tersebut telah dihadiri oleh pegawai daripada pelbagai gred dengan jumlah melebihi 50 orang pegawai. Penyampaian Cenderamata
Siaran Akhbar, 12 March 2025
Pada 20 Februari 2025 hingga 21 Februari 2025, pihak Pejabat Residen Bahagian Kuching telah mengadakan Lawatan Penandaarasan Ke Bahagian Kawalan Kredit Komuniti Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT). Sesi Taklimat di Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya pada 20 Februari 2025 (Khamis) oleh Encik Muhammad Ziyad Izdihar bin Lim, Ketua Cawangan Dasar, Merangkap Timbalan Pendaftar. Pihak Pejabat Residen Bahagian Kuching telah membuat lawatan ke premis Juara Partners Sdn Bhd, yang telah menerima Anugerah Madani 2024 (Pengurusan Kredit Komuniti Terbaik di Malaysia) , untuk simulasi pemantauan dan penguatkuasaan pada 21 Februari 2025. Sesi perkongsian daripada Juara Partners Sdn Bhd, Pemenang Anugerah Kredit Madani (AKM) 2024.
Siaran Akhbar, 06 March 2025
Lawatan Tapak oleh YBrs Residen Bahagian Kuching & Penyerahan sumbangan NGOs NADMA kepada mangsa kebakaran Kpg Tabuan Lot di Pusat Perpindahan Sementara(PPS) Dewan Hj Wan Junaidi, Tabuan.
Siaran Akhbar, 06 March 2025
Pada 19 Febuari 2025 sehingga 21 Febuari 2025, Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Premier Sarawak telah mengadakan Lawatan Pemantauan Pelaksanaan Projek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain Zon Selatan 2025 - Bahagian Kuching yang turut diikuti oleh pihak Pejabat Residen Bahagian Kuching. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memastikan projek yang menerima bantuan dana mengikuti garis panduan yang betul.
Siaran Akhbar, 26 February 2025
Pada 19 Januari 2025, Pejabat Residen Bahagian Kuching telah menganjur kempen derma darah dengan kerjasama MAKSAK Bahagian Kuching, Blood Bank Hospital Umum Sarawak dan Majma' Tunku Abd Halim Mu'adzam Shah (Kompleks Islam Sarawak).
Siaran Akhbar, 27 January 2025
Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Wilayah Kuching yang baharu, Encik Effendy Syaiful bin Abdullah. Turut hadir bersama adalah Puan Katherine Lee Wui Sieng, Pengurus Kanan, dan Ketua Seksyen Pembangunan Pejabat Residen Bahagian Kuching, Puan Siti Rohaya binti Haji Wahet.
Siaran Akhbar, 18 August 2025
Dimaklumkan bahawa, Kuching Waterfront Festival 2025 bakal diadakan pada 24 Oktober 2025 sehingga 2 November 2025.