Latar Belakang Pentadbiran Kuching

 

Latar Belakang Pentadbiran Kuching


Pejabat Residen ditubuhkan pada 1hb Jun 1873. Sebelum tahun 1986, Pentadbiran Bahagian Kuching adalah meliputi Bahagian Samarahan. Walaubagaimanapun, penubuhan Bahagian Samarahan pada 24 Julai 1986 telah mewujudkan persempadanan semula kawasan Pentadbiran Bahagian Kuching sehingga kini.

Pejabat Residen Bahagian Kuching diketuai oleh Tuan Haji Shukarmin bin Haji Chasemon. Beliau mula berkhidmat pada 2 Februari 2015 setelah mengambil alih tugas daripada Pemangku Residen, Encik Zamahari bin Haji Saidi.

Sebagai Ketua Pentadbiran Bahagian Kuching, Residen dibantu oleh 2 orang Timbalan Residen iaitu Timbalan Residen Pembangunan dan Timbalan Residen Sosial. Di bawah Pentadbiran Bahagian Kuching, terdapat tiga buah Pejabat Daerah dan dua buah Pejabat Daerah Kecil. Setiap Pejabat Daerah diketuai Pegawai Daerah masing-masing manakala di Pejabat Daerah Kecil, ianya diketuai oleh Pegawai Tadbir atau Penolong Pegawai Tadbir.

Tiga buah Pejabat Daerah yang berada di bawah Pentadbiran Bahagian Kuching adalah Pejabat Daerah Kuching, Pejabat Daerah Bau dan Pejabat Daerah Lundu. Pejabat Daerah Kecil Padawan Padawan berada di bawah seliaan Pejabat Daerah Kuching manakala Pejabat Daerah Kecil Sematan berada di bawah seliaan Pejabat Daerah Lundu.