Program Team Building Pentadbiran Bahagian Kuching 2026
Program Team Building Pentadbiran Bahagian Kuching telah berlangsung dengan jayanya pada 15 hingga 17 Mei 2026 bertempat di SALCRA Bajo Training Centre, Lundu. Program ini dikenali sebagai R&DO Kuching – Bonding Promax (We Born 2 Bond) dan telah dianjurkan oleh Pejabat Daerah Lundu yang diberi amanah sebagai penganjur utama.