News

 

Kunjungan Hormat Daripada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) Negeri Sarawak

Posted on 22 Jan 2026
Source of News: Pejabat Residen Bahagian Kuching
Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) Sarawak pada 20 Januari 2026.  Delegasi tersebut diketuai oleh Pengarah Negeri, Puan Aireen Amani binti Guyah bersama dua orang lagi pegawainya.  Turut hadir bersama, Ketua Unit Sumber Manusia Pejabat Residen Bahagian Kuching, Puan Nur Nahdatul Nadia binti Rely.  Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh PERHEBAT.