Kunjungan Hormat Ke Atas YBHG. Dato Hajah Dona Babel, Mantan Residen Bahagian Kuching
Posted on 07 Oct 2025
Source of News: Pejabat Residen Bahagian Kuching
Residen Bahagian Kuching telah mengadakan kunjungan hormat kepada mantan Residen Bahagian Kuching yang juga merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan N.7 Samariang, YBhg. Dato Hajah Dona Babel pada 11 Julai 2025 di kediaman beliau di Samariang, Kuching. Kunjungan hormat ini disertai oleh Cik Claudia Kassim, Encik Mohd Alfadjer bin Tuah, dan Puan Dayang Hajah Mastura Sebah binti Abang Haji Zain. YBhg. Dato Dona memulakan kerjayanya sebagai seorang guru dan seterusnya dilantik menjadi Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Beliau juga merupakan Residen wanita yang pertama dilantik pada 21 Mei 1996 sebelum beliau bergiat aktif di arena politik negeri Sarawak.