Kunjungan Daripada Ketua Polis Daerah Kuching
Disiarkan pada 30 Sep 2025
Sumber Berita: Pejabat Residen Bahagian Kuching
Residen Bahagian Kuching menerima kunjungan daripada Ketua Polis Daerah Kuching, YDh. ACP Tuan Mohamad Farhan Lee Abdullah. Kunjungan ini adalah untuk memaklumkan bahawa beliau akan berpindah ke Miri bagi menggantikan Ketua Polis Daerah Miri, YDh. ACP Tuan Alexson Naga anak Chabu yang akan berpindah ke Kuching menggantikan beliau.
