News

 

Libat Urus bersama Komuniti Sarawak Delta Geopark di Kampung Semaba

Posted on 02 May 2025
Source of News: Pejabat Residen Bahagian Kuching
SABTU, 26 APRIL 2025 :  Kumpulan Kerja Pendidikan Awam dan Penyertaan Komuniti Sarawak Delta Geopark (SDGp) yang diketuai oleh Residen Bahagian Kuching  telah mengadakan Sesi Libat Urus bersama Komuniti Sarawak Delta Geopark di Kampung Semaba pada pagi ini.

Sesi Libat Urus bersama Komuniti Sarawak Delta Geopark di Kampung Semaba bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan penglibatan  komuniti Semaba untuk memperkasakan komuniti dalam ilmu geologi, warisan tempatan dan memulihara geotapak bertaraf antarabangsa iaitu batuan Syis Tuang Semaba. Sesi libat urus ini juga adalah salah satu usaha untuk persiapan ke penilaian UNESCO pada Jun nanti.

Sesi libat urus ini melibatkan 40 orang komuniti Kampung Semaba dan penduduk Country Hills termasuk ahli JKKK Semaba serta jemputan agensi. Geotalk bertajuk "What is Sarawak Delta Geopark?" telah disampaikan oleh Dr Dana Ak Badang  dari Unit Geopark, Jabatan Hutan Sarawak dan Taklimat berkenaan "Batuan Syis Tuang : Batuan Dasar Borneo" oleh En John Ak Joseph Jinap dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Turut hadir di sesi libat urus ini adalah Pegawai Tadbir Encik Joseph Ak Liaw yang mewakili Residen Bahagian Kuching selaku Pengerusi Kumpulan Kerja Pendidikan Awam dan Penyertaan Komuniti Sarawak Delta Geopark (SDGp) Bahagian Kuching, Tuan Thomas Ak Gown Ketua Kampung Semaba dan Tuan Henry Jalin dari Majlis Perbandaran Padawan.