Berita

 

Kunjungan Hormat daripada SATT College

Disiarkan pada 09 Apr 2025
Sumber Berita: Pejabat Residen Bahagian Kuching
Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada SATT College pada 8 April 2025.  Rombongan tersebut diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kolej SATT, Encik Fabian bin Henry dan diiringi oleh Pegawai Pemasaran Kolej SATT, Encik Mu’izzulfiqar bin Matelee, dan Penyelaras Program Pelancongan, Puan Joanna anak Jawek.  Tujuan mereka mengadakan kunjungan hormat ini adalah untuk memperkenalkan program latihan yang berkaitan dengan industri hospitaliti dan pelancongan seperti kursus Sijjil Hos Komuniti Setempat bersama PBT Sarawak khususnya di Bahagian Kuching yang amat signifikan sebagai langkah persiapan untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia pada tahun 2026.