Lawatan Penandaarasan Ke Bahagian Kawalan Kredit Komuniti Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT)
Disiarkan pada 12 Mar 2025
Sumber Berita: Pejabat Residen Bahagian Kuching
Pada 20 Februari 2025 hingga 21 Februari 2025, pihak Pejabat Residen Bahagian Kuching telah mengadakan Lawatan Penandaarasan Ke Bahagian Kawalan Kredit Komuniti Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Sesi Taklimat di Bahagian Kawalan Kredit Komuniti, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Putrajaya pada 20 Februari 2025 (Khamis) oleh Encik Muhammad Ziyad Izdihar bin Lim, Ketua Cawangan Dasar, Merangkap Timbalan Pendaftar.
Pihak Pejabat Residen Bahagian Kuching telah membuat lawatan ke premis Juara Partners Sdn Bhd, yang telah menerima Anugerah Madani 2024 (Pengurusan Kredit Komuniti Terbaik di Malaysia) , untuk simulasi pemantauan dan penguatkuasaan pada 21 Februari 2025.
Sesi perkongsian daripada Juara Partners Sdn Bhd, Pemenang Anugerah Kredit Madani (AKM) 2024.