Soalan Lazim

 

Soalan Lazim


Seksyen & Bahagian  :  AKUAN SUMPAH
Soalan : Apakah prosedur membuat akuan bersumpah di pejabat tuan dan dengan siapakah akuan sumpah boleh dibuat?
Jawapan : Pelanggan yang datang untuk urusan akuan sumpah hendaklah hadir dihadapan Majistret yang dilantik. Pemohon tidak boleh mewakilkan orang lain untuk bagi pihak semasa akuan sumpah dilakukan. Pemohon juga hendaklah membawa borang akuan sumpah sendiri jika membuat akuan peribadi dan membawa borang akuan dari jabatan/agensi yang memerlukan proses akuan bersumpah.
   
Seksyen & Bahagian  :  PENGESAHAN DOKUMEN / SIJIL
Soalan : Siapakah pegawai yang boleh membuat pengesahan dokumen di pejabat tuan dan apakah yang perlu dibawa bersama?
Jawapan : Pengesahan dokumen boleh dilakukan oleh pegawai kumpulan B (Gred 27 ke atas) dan sila bawa dokumen/sijil asal untuk rujukan pegawai sebelum pengesahan dilakukan.
   
Seksyen & Bahagian  :  PROBET
Soalan :
Macam mana procedure untuk mendapatkan surat kuasa (LA) mentadbir harta simati?
Jawapan :
Pejabat Daerah Kuching mempunyai senarai semak yang boleh didapati di Pejabat Daerah Kuching ataupun di ruangan perkhidmatan di laman sesawang ini. Bagi urusan pengambilan borang Probet, pemohon hendaklah mengemukakan Sijil Kematian Asal bagi rujukan pejabat.
   
Soalan :
Berapa orang pemegang kuasa yang boleh dilantik?
Jawapan :
Pemegang kuasa yang boleh dilantik adalah minimum seorang (1) dan maximum seramai empat (4) orang, dan pastikan waris yang dilantik adalah seorang yang amanah.
   
Soalan :
Siapakan waris-waris simati?
Jawapan :
Waris-waris simati adalah waris terdekat. Contohnya, jika isteri yang meninggal, waris-warisnya adalah suami dan anak-anak simati, dan begitu juga sebaliknya.
   
Seksyen & Bahagian  :  MAHKAMAH BUMIPUTERA SARAWAK
Soalan :
Apakah prosedur untuk permohonan menjadi Komuniti Bumiputera Sarawak?
Jawapan :
Anda perlu mengisi Borang K(3) Permohonan Menjadi Komuniti Sarawak yang boleh didapati di Pejabat Daerah yang terdekat, ATAU di Mahkamah Bumiputera Sarawak Kuching. Bayaran RM100 akan dikenakan bagi setiap permohonan.
   
Soalan :
Apakah prosedur untuk mendaftar permohonan Perceraian Adat Iban?
Jawapan :
Anda perlu mengisi Borang H Pengaduan Kerana Melanggar Undang-Undang Dan Adat Bumiputera yang boleh didapati di Pejabat Daerah yang terdekat, ATAU di Mahkamah Bumiputera Sarawak Kuching.TIADA sebarang bayaran yang akan dikenakan untuk permohonan tersebut.
   
Soalan :
Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat kes perebutan Tanah Adat Bumipureta (NCR Land)?
Jawapan :
Anda perlu mengisi Borang A Pengemukaan Tuntutan yang boleh didapati di Pejabat Daerah yang terdekat ATAU di Mahkamah Bumiputera Kuching. Bayaran RM30 akan dikenakan bagi setiap permohonan.
   
Soalan :
Apakah prosedur untuk pendaftaran Perkahwinan Adat Iban?
Jawapan :
Anda perlu berjumpa dengan Ketua Kaum / Ketua kampung / Tuai Rumah tempat anda menetap dan mengemukakan dokumen seperti salinan kad pengenalan pasangan, Surat Akuan Sumpah Bujang (bagi kedua-dua pihak) dan salinan kad pengenalan seorang saksi sebelum pendaftaran perkahwinan dibuat di Pejabat Daerah.
   
Seksyen & Bahagian  :  ANAK ANGKAT
Soalan :
Bagaimana proses membuat anak angkat?
Jawapan :
Anda perlu mengemukakan Sijil Kelahiran Asal bagi anak yang hendak diangkat terlebih dahulu untuk rujukan pejabat.
   
Soalan :
Brapa had umur anak yang boleh dijadikan anak angkat?
Jawapan :
Had umurnya adalah 18 tahun kebawah.
   
Soalan :
Berapakah jarak umur keluarga angkat dengan anak yang hendak diangkat?
Jawapan :
Jarak umurnya adalah 21 tahun ke atas, KECUALI anak yang diangkat tersebut adalah anak kandung sendiri (anak luar nikah).
   
Soalan :
Adakah status orang yang belum berkahwin boleh mengangkat anak?
Jawapan :
Boleh. Bagi perempuan, beliau boleh mengangkat anak perempuan dan lelaki TETAPI bagi lelaki, tidak dibenarkan mengangkat anak perempuan.
   
Soalan :
Adakah saya boleh membuat permohohonan anak angkat, jika saya dari daerah lain ke daerah Kuching?
Jawapan :
Tidak boleh KECUALI salah satu keluarga angkat ataupun keluarga kandung berkenaan menetap di daerah Kuching.
   
Seksyen & Bahagian  :  SENJATA API
Soalan :
Bagaimanakah proses pertukaran nama hak milik senjatapi?
Jawapan :
Anda hendaklah kemukakan lesen asal dan dokumen-dokumen berkaitan yang terkandung dalam senarai semak.
   
Soalan :
Berapakah had peluru yang boleh dibeli dalam satu-satu masa?
Jawapan :
Anda hanya dibenarkan untuk membeli 10 butir peluru dalam satu masa (sebulan sekali) dengan SYARAT anda hendaklah membawa sebanyak 10 kelongsong peluru kosong.
   
Soalan :
Siapakah waris yang berhak untuk menerima pertukaran Hak Milik Senjatapi?
Jawapan :
Waris yang berhak menerima pertukaran Hak Milik Senjatapi adalah anak kandung kepada pemegang lesen senjata tersebut.
   
Seksyen & Bahagian  :  PENTADBIRAN
Soalan : Bolehkah saya menjalani latihan industri(praktikal) di jabatan tuan?
Jawapan : Ya, dengan mengemukakan permohonan bertulis ke alamat tersebut di bawah :

Residen Bahagian Kuching
Pejabat Residen Bahagian Kuching,
Aras 7, Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,
Lorong P.Ramlee 5, 93400 Kuching, Sarawak.
Telefon : 082-507048 / 507051 / 507055
Faksimili : 082-507435

Pegawai Daerah Kuching
Pejabat Daerah Kuching,
Aras 6, Majma' Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah,
Lorong P.Ramlee 5, 93400 Kuching, Sarawak.
Telefon : 082-507022
Faksimili : 082-507048

Pegawai Daerah Bau
Pejabat Daerah Bau,
Jalan Penghulu Durin,
94000 Bau, Sarawak
Telefon : 082-763022
Faksimili : 082-763530

Pegawai Daerah Lundu
Pejabat Daerah Lundu,
Jalan Sekambal,
94500 Lundu, Sarawak.
Telefon : 082-735008 / 735001
Faksimili : 082-735599