News

 

Kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak

Posted on 26 Jun 2024
Source of News: Pejabat Residen Bahagian Kuching
Pejabat ini menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak (SKM) yang telah diadakan pada 20 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di Pejabat Residen Bahagian Kuching.  Delegasi ini disambut oleh Residen Bahagian Kuching, Puan Dayang Hajah Joanita Azizah binti Abang Haji Morshidi.  Delegasi SKM diketuai oleh Encik Tan Boon Kin (Pengarah Cawangan Negeri) dan disertai oleh Encik Norazlan bin Haji Anuar (Timbalan Pengarah Cawangan Negeri) dan Encik Mohamad Noor Firdaus bin Fadzil (Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan.  Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan bahawa pihak SKM akan menganjurkan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sarawak (HKNPNS) 2024 yang akan diadakan pada 12-14 Julai 2024 bertempat di Plaza Merdeka Kuching yang akan dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan.