News

 

Kunjungan hormat daripada Gabungan KMKK Wanita Muslim Bahagian Kuching (GAWIM)

Posted on 18 Jul 2024
Source of News: Pejabat Residen Bahagian Kuching
Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada Gabungan Ketua Masyarakat & Ketua Kaum Wanita Muslim Bahagian Kuching (GAWIM) pada 17 Julai 2024.  Delegasi GAWIM telah diketuai oleh Pengerusi GAWIM, Norlidah binti Haji Halmi yang juga merupakan Ketua Kaum Kampung Pulo Hilir.  Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk memberi pengenalan tentang penubuhan GAWIM serta objektif, misi dan visi, serta aktiviti yang telah dijalankan oleh GAWIM.