News

 

Daerah Kecil Padawan Diperkenal Sebagai Wilayah Geopark Delta Sarawak

Posted on 10 Jul 2024
Source of News: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)


PADAWAN : Daerah Kecil Padawan merupakan antara daerah yang termasuk dalam wilayah Geopark Delta Sarawak. 

Ketua Seksyen Transformasi Sosial, mewakili Residen Bahagian Kuching Joseph Liaw berkata, Daerah Kecil Padawan memainkan peranannya sebagai kawasan yang menawarkan banyak tapak geologi yang unik untuk pelawat merasai dan belajar tentang pembentukan landskap. 

Tambahnya, daerah Kecil Padawan mendapat banyak manfaat daripada industri pelancongan seperti destinasi pelancongan bersih yang kaya dengan pengembaraan dan alam semula jadi untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke daerah ini. 

“Ini akan meningkatkan industri pelancongan di sini dan membantu perniagaan kecil dan tempatan masyarakat menjana lebih banyak pendapatan. 

“Bukan itu sahaja, kawasan ini akan menjadi tempat yang bagus untuk sukan lasak seperti acara hari ini, acara sukan motorcross dan acara sukan air seperti arung jeram. 

“Usaha ini akan membantu mempercepatkan Sarawak Delta Geopark pengiktirafan UNESCO sebagai Geopark Global menjelang 2026,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penangguhan Borneo Ultra Blue Trail Run Padawan 2024 (Sarawak Detla Geopark Trail Run Series 2) di Dewan Persatuan BIannah, Padawan pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua urusetia penganjuran program yang telah berjaya menganjurkan Borneo Ultra Blue Trail, Padawan - Sarawak Delta Geopark Trail Run Series 2/2024 untuk mempromosikan sukan lasak tersebut sebagai wadah untuk memperkenalkan Daerah Kecil Padawan.

Tambahnya, ia sekali gus turut menyediakan platform untuk usahawan di Padawan menambah pendapatan melalui aktiviti jualan hasil pertanian serta kraftangan dan sebagainya. 

Beliau juga tertarik dengan usaha penganjuran Sukan Rakyat yang patut diketengahkan dan dipelihara supaya semua lapisan masyarakat tahu mengenai tradisi di Sarawak. 

Turut hadir Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan Julius Scott Sapong, Pemanca Bidayuh Daerah Kuching Pemanca Raymond Jihap, Pengurus Alpha Sport Event Josh Tan, Penghulu Bidayuh Kawasan Annah Biya Penghulu Dorong Kabut barisan ketua-ketua kaum kawasan Biannah, pengerusi-pengerusi persatuan komuniti daerah kecil Padawan serta ahli Majlis Perbandaran Padawan (MPP). -EDISI UKAS