PEJABAT RESIDEN BAHAGIAN KUCHING
Siaran Akhbar, 27 January 2025
Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada Pengurus Wilayah Kuching yang baharu, Encik Effendy Syaiful bin Abdullah. Turut hadir bersama adalah Puan Katherine Lee Wui Sieng, Pengurus Kanan, dan Ketua Seksyen Pembangunan Pejabat Residen Bahagian Kuching, Puan Siti Rohaya binti Haji Wahet.
Siaran Akhbar, 17 December 2024
Pejabat ini telah menerima lawatan daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, Negeri Sarawak. Rombongan tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah, Encik Mike Palmer anak Frankie Riya dan disertai oleh pegawai-pegawai daripada Pejabat Residen Bahagian Kuching dan Pejabat Daerah Kuching. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi khidmat nasihat tentang pengendalian dokumen rahsia dan sulit seperti yang digariskan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
Siaran Akhbar, 10 December 2024
Residen Bahagian Kuching telah dijemput untuk menjadi panel bagi Executive Forum bertajuk “Leading with Empathy: Fostering Wellbeing & Performance at Work” yang diadakan pada 9 Disember 2024 bertempat di Hilton Kuching. Turut hadir sebagai panel ialah Prof. Madya Dr. Nor Mazlina binti Ghazali, Tmbalan Pengarah Learning Advancement, Centre for Applied Learning Multimedia (CALM), UNIMAS, dan Dr. Rosliwati binti Md. Yusoff, Pengarah Hospital Sentosa Kuching. Forum ini dikendalikan oleh Puan Jessie Melling daripada Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Premier Sarawak. Topik forum ini lebih untuk berkongsi pandangan dan perspektif kepimpinan dengan empati.
Siaran Akhbar, 06 December 2024
Album
Siaran Akhbar, 06 December 2024
Pada 26 November 2024, Puan Dayang Hajah Joanita, selaku Residen Bahagian Kuching, telah menerima kunjungan daripada pihak Sarawak Energy Berhad. Kunjungan tersebut bertujuan untuk memberi taklimat ringkas tentang Projek "New EHV Kuching Ring Network Development".
Siaran Akhbar, 23 October 2024
21 Oktober 2024 - Pejabat Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
Siaran Akhbar, 21 October 2024
18 Oktober 2024 - Pejabat Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada Anggota Pertahanan Awam (APM).
Siaran Akhbar, 05 September 2024
Perjumpaan pada 2 September 2024 dihadiri seramai 3 orang iaitu Tn. Hafiz Mislam (Pengurus Wilayah Sarawak), Tn. Mohd Haiqal dan En. Ruzaimi.
Siaran Akhbar, 27 August 2024
27/8/2024: Residen Bahagian Kuching menerima kunjungan hormat daripada wakil Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia Cawangan Sarawak. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memberi pengenalan berhubung dengan Jawatankuasa Gerakan Pengguna Bahagian Kuching di mana Residen merupakan Pengerusi Bersama bagi Jawatankuasa tersebut.
Siaran Akhbar, 27 August 2024
26/8/2024: Penyerahan baju SUKMA bagi acara Kabbadi dan plag penghargaan daripada Persatuan Kabbadi Negeri Sarawak telah disampaikan oleh Presiden Persatuan Kabbadi Negeri Sarawak, ACP Muttiah Pillai A/L VP Sinnathambi. Simbolik penyerahan baju dan plag penghargaan ini adalah untuk menandakan bahawa Sukan Malaysia (SUKMA) XXI yang telah berakhir dengan jayanya pada 23 Ogos yang lalu.
Siaran Akhbar, 27 August 2024
Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia, YBhg. Dato Anis Rizana binit Mohd Zainuddin pada 14 Ogos 2024 bertempat di Pejabat Residen Bahagian Kuching. Turut bersama dalam kunjungan hormat ini adalah Pengarah Kastam Negeri Sarawak , YDh. Tuan Haji Norizan bin Yahya dan pegawai-pegawai kanan lain.
Siaran Akhbar, 07 August 2024
BENGKEL PENYEDIAAN SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN PENGURUSAN FUNGSI STATUTORI PENTADBIRAN BAHAGIAN KUCHING SIRI 2 TAHUN 2024 DI RAIA HOTEL &CONVENTION CENTRE PADA 5/8/2024 Pautan Galeri Gambar
Siaran Akhbar, 18 July 2024
Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada Gabungan Ketua Masyarakat & Ketua Kaum Wanita Muslim Bahagian Kuching (GAWIM) pada 17 Julai 2024. Delegasi GAWIM telah diketuai oleh Pengerusi GAWIM, Norlidah binti Haji Halmi yang juga merupakan Ketua Kaum Kampung Pulo Hilir. Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk memberi pengenalan tentang penubuhan GAWIM serta objektif, misi dan visi, serta aktiviti yang telah dijalankan oleh GAWIM.
Siaran Akhbar, 18 July 2024
Residen Bahagian Kuching telah menerima kunjungan hormat daripada SIDMA College Sarawak. Delegasi SIDMA College diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIDMA College Sarawak, Puan Nandy Marlina binti Saar, dan diiringi oleh Dr. Hajah Fatimah binti Haji Bujang dan Siti Adzlina Harmy binti Abdul Rapor. Tujuan kunjungan hormat adalah untuk berbincang berkaitan Majlis Silaturrahim Al-Quran (MSAQ 2024) yang akan diadakan pada 4 Disember 2024 di Kuching.
Siaran Akhbar, 09 July 2024
Pada 9 Julai 2024, Pejabat Residen Bahagian Kuching telah mengadakan bengkel penyediaan soalan lazim (FAQ) bagi pengurusan fungsi statutori untuk warga Pentadbiran Bahagian Kuching untuk memudahkan orang awam mendapatkan jawapan berkenaan dengan perkhidmatan utama Pejabat Residen Bahagian Kuching.
Siaran Akhbar, 10 July 2024
PADAWAN : Daerah Kecil Padawan merupakan antara daerah yang termasuk dalam wilayah Geopark Delta Sarawak. Ketua Seksyen Transformasi Sosial, mewakili Residen Bahagian Kuching Joseph Liaw berkata, Daerah Kecil Padawan memainkan peranannya sebagai kawasan yang menawarkan banyak tapak geologi yang unik untuk pelawat merasai dan belajar tentang pembentukan landskap. Tambahnya, daerah Kecil Padawan mendapat banyak manfaat daripada industri pelancongan seperti destinasi pelancongan bersih yang kaya dengan pengembaraan dan alam semula jadi untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke daerah ini. “Ini akan meningkatkan industri pelancongan di sini dan membantu perniagaan kecil dan tempatan masyarakat menjana lebih banyak pendapatan. “Bukan itu sahaja, kawasan ini akan menjadi tempat yang bagus untuk sukan lasak seperti acara hari ini, acara sukan motorcross dan acara sukan air seperti arung jeram. “Usaha ini akan membantu mempercepatkan Sarawak Delta Geopark pengiktirafan UNESCO sebagai Geopark Global menjelang 2026,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penangguhan Borneo Ultra Blue Trail Run Padawan 2024 (Sarawak Detla Geopark Trail Run Series 2) di Dewan Persatuan BIannah, Padawan pada Sabtu. Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua urusetia penganjuran program yang telah berjaya menganjurkan Borneo Ultra Blue Trail, Padawan - Sarawak Delta Geopark Trail Run Series 2/2024 untuk mempromosikan sukan lasak tersebut sebagai wadah untuk memperkenalkan Daerah Kecil Padawan. Tambahnya, ia sekali gus turut menyediakan platform untuk usahawan di Padawan menambah pendapatan melalui aktiviti jualan hasil pertanian serta kraftangan dan sebagainya. Beliau juga tertarik dengan usaha penganjuran Sukan Rakyat yang patut diketengahkan dan dipelihara supaya semua lapisan masyarakat tahu mengenai tradisi di Sarawak. Turut hadir Pegawai Tadbir Menguasa Pejabat Daerah Kecil Padawan Julius Scott Sapong, Pemanca Bidayuh Daerah Kuching Pemanca Raymond Jihap, Pengurus Alpha Sport Event Josh Tan, Penghulu Bidayuh Kawasan Annah Biya Penghulu Dorong Kabut barisan ketua-ketua kaum kawasan Biannah, pengerusi-pengerusi persatuan komuniti daerah kecil Padawan serta ahli Majlis Perbandaran Padawan (MPP). -EDISI UKAS
Siaran Akhbar, 05 July 2024
Pada 19 Jun 2024, Bengkel Pemantapan Tadbir Urus Pengurusan Bantuan Ehsan Kebakaran Rumah (BEKR) Bahagian Kuching telah diadakan di Raia Hotel and Convention Center Kuching. BEKR bertujuan untuk meningkatkan Tadbir Urus bagi Bantuan Ehsan Kebakaran Rumah Bahagian Kuching yang merangkupi Dasar , Prosedur Operasi Standard (SOP) pengurusan BEKR.
Siaran Akhbar, 26 June 2024
Pejabat Residen Bahagian Kuching telah dilantik sebagai salah satu urus setia bagi menjayakan Larian Baton SUKMA, Para SUKMA XXI Sarawak yang telah berlangsung pada 23-Jun-2024.
Siaran Akhbar, 26 June 2024
11 Mei 2024 bertempat di Kampung Sibu Laut Kuching.
Siaran Akhbar, 26 June 2024
Sarawak Delta Geopark Management And Development Plan 2040 Study - Stakeholders Engagement with Tourism Industry Players in collaboration with Sarawak Tourism Federation (STF) @ 23 Februari 2024 di Chemsain Building.
Siaran Akhbar, 26 June 2024
Townhall Session Aspiring Sarawak Delta UNESCO Global Geopark "Borneo Cradle of Origin" @ 22 Februari 2024, Waterfront Hotel
Siaran Akhbar, 26 June 2024
Pejabat ini telah menerima kunjungan hormat daripada Grit Manaagement pada 28 Mei 2024 (Rabu). Delegasi Grit Management diketuai oleh Encik Awang Saifeluddin, Pengarah Grit Management. Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan bahawa pihak Grit Management akan menganjurkan program "Kuching Cari-Cari 2024" yang akan diadakan pada 22 Jun 2024 (Sabtu) bertempat di Plaza Merdeka.
Siaran Akhbar, 26 June 2024
Kuching Resident join the site visit for the Progress of Kuching Urban Transportation System (KUTS Project - SR10 Simpang Tiga Interchange Station & Witnessed the Opening of KUTS Contractor’s Centralized Labour Quarters (CLQ)
Siaran Akhbar, 26 June 2024
Pejabat ini menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Sarawak (SKM) yang telah diadakan pada 20 Jun 2024 (Jumaat) bertempat di Pejabat Residen Bahagian Kuching. Delegasi ini disambut oleh Residen Bahagian Kuching, Puan Dayang Hajah Joanita Azizah binti Abang Haji Morshidi. Delegasi SKM diketuai oleh Encik Tan Boon Kin (Pengarah Cawangan Negeri) dan disertai oleh Encik Norazlan bin Haji Anuar (Timbalan Pengarah Cawangan Negeri) dan Encik Mohamad Noor Firdaus bin Fadzil (Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan. Tujuan kunjungan hormat ini adalah untuk memaklumkan bahawa pihak SKM akan menganjurkan Hari Koperasi Negara Peringkat Negeri Sarawak (HKNPNS) 2024 yang akan diadakan pada 12-14 Julai 2024 bertempat di Plaza Merdeka Kuching yang akan dirasmikan oleh Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hassan.
Siaran Akhbar, 09 January 2025
Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Residen Bahagian Kuching sedang mengalami masalah teknikal berkaitan dengan talian telefon. Ketiga-tiga talian telefon, 082-507048 / 082-507051 / 082-507055 tidak dapat digunakan. Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi nombor-nombor seperti berikut: 082-507049 - Seksyen Fungsi Statutori 082-230623 - Seksyen Pembangunan 082-230609 - Seksyen Transformasi Sosial 082-507046 - Seksyen Pentadbiran dan Kewangan 082-230619 - Seksyen Sumber Manusia dan Kualiti Segala kesulitan amatlah dikesali. Harap maaf.
Siaran Akhbar, 22 January 2025
Anda boleh merujuk pautan ini untuk keterangan yang lebih lanjut.
Siaran Akhbar, 06 December 2024
Jadual Mesyuarat Keputusan Lembaga Tender Bahagian Kch 2025 Muat turun
Siaran Akhbar, 06 December 2024
Jadual Tarikh Tutup & Pembukaan Tender 2025 Muat turun
Siaran Akhbar, 06 January 2025
Ketahui lebih lanjut.
Pengumuman
VISI
Kuching yang maju dari segi sosio-ekonomi menjelang 2030.
MISI
Memajukan pembangunan sosio-ekonomi dan kesejahteraan rakyat di dalam Bahagian Kuching.
-