Akuan Sumpah (Statutory Declaration)
- Selain dari Pejabat Daerah, Mahkamah Tinggi juga membekalkan perkhidmatan bagi akuan bersumpah yang memerlukan kuasa Majistret dan Pesuruhjaya Sumpah (Commisioner Of Oath).
- Sila ambil perhatian, untuk tujuan Surat Akuan Sumpah, penama pada Surat Akuan tersebut perlu hadir sendiri berjumpa pegawai, sila bawa pengenalan diri sewaktu urusan Akuan sumpah. Wakil adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
- Bagi Surat Akuan Sumpah yang berkaitan dengan jabatan/agensi lain, surat akuan bersumpah tersebut hendaklah diambil di tempat jabatan/agensi memerlukan khidmat akuan tersebut. Pejabat daerah hanya untuk kelulusan untuk mengangkat sumpah sahaja.
- cas bayaran untuk satu akuan sumpah adalah RM10.00 (Sepuluh Ringgit Sahaja)