Piagam Pelanggan


PIAGAM PELANGGAN PEJABAT DAERAH LUNDU
PENTADBIRAN BAHAGIAN KUCHING


Kami berjanji akan memberi perkhidmatan yang mesra dan terbaik kepada sesiapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kami seperti berikut :
 
1. Permohonan baharu Surat Kuasa Mentadbir (Letters of Administration) diproses dalam tempoh lima (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

2. Permohonan baharu Probet (Probate of Will) diproseskan dalam masa empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

3. Permohonan baharu Sijil Anak Angkat diproses dalam masa tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

4. Permohonan Pindah Milik Senapang Patah dikeluarkan lesen dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh dokumen diterima daripada Pejabat Residen Bahagian.

5. Pengeluaran Lesen Membeli Peluru Senapang Patah diselesaikan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dokumen lengkap diterima.

6. Permohonan baharu Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (BNR Certificate) diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

7. Pembatalan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Revocation of BNR Certificate) diproses dalam tempoh satu (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

8. Pindaan Sijil Pendaftaran Nama-Nama Perniagaan (Amendment of BNR Certificate) diproses dalam tempoh satu (7) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

9. Pendaftaran kes-kes Mahkamah Bumiputera Sarawak diselesaikan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

10. Projek Kecil Luar Bandar (PKLB) diselesaikan mengikut garis panduan Surat Arahan Pelaksanaan (SAP) / Surat Setuju Terima (SST). Dengan pematuhan sepenuhnya kepada spesifikasi yang ditetapkan dan disiapkan mengikut pekeliling/ garis panduan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. PKLB perlu diverifikasi, dilaksana dan disahkan tiga (3) kali sepanjang tempoh pelaksanaannya sebelum dan selepas.

11. Pembayaran kepada pembekal dilakukan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.


12. Pungutan hasil daripada orang awam akan diproses dan dikeluarkan resit penerimaan dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.

13. Keputusan mengenai tempahan Bilik Mesyuarat / Kenderaan / Rumah Rehat dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh satu (1) hari bekerja selepas pertimbangan.


14. Setiap aduan pelanggan diakui terima dalam tempoh satu (1) hari bekerja serta diambil tindakan dalam tempoh lima (5) hari bekerja. 

(Nota : Semua proses kerja yang dinyatakan di atas adalah dengan syarat dokumen lengkap dan keberadaan Pegawai Daerah di pejabat)