PERJUMPAAN BERSAMA PENGHUNI KUARTERS INSTITUT PERTANIAN SEMENGGOK

Disiarkan pada 20 Jan 2025
Sumber Berita: Unit Kualiti dan Aset
Semenggok, 16 Januari – Perjumpaan mesra bersama penghuni kuarters Institut Pertanian Semenggok telah diadakan baru-baru ini. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Puan Ellsie Anak Bisa dan dihadiri oleh pelbagai wakil dari agensi kerajaan untuk membincangkan isu-isu berkaitan penghuni kuarters di Institut Pertanian Semenggok. Dengan tujuan untuk mempererat hubungan antara penghuni dan pihak pengurusan kuartes kerajaan. Program ini turut menjadi platform untuk mendengar cadangan, pandangan, dan sebarang isu yang dihadapi oleh penghuni kuarters.
 
Puan Ellsie menyampaikan ucapan aluan bagi pihak Pegawai Daerah Kuching yang tidak dapat hadir. Beliau menekankan agar penghuni mendengar taklimat yang disampaikan oleh Cik Hanisah Sahari, Pegawai Seranta Kuarters, mengenai prosedur dan tanggungjawab penghuni.
 
Antara isu yang dibincangkan termasuklah  prosedur permohonan, masuk, dan keluar kuarters, isu bil air dan isu tempat letak kereta. Penduduk setempat juga mengutarakan beberapa permasalahan mereka seperti tong sampah rosak, masalah peparitan dan loji kumbahan sertakesesakan lalu lintas di kawasan kuarters.