Dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan awam dan mempermudah urusan masyarakat, Pejabat Daerah Kuching telah melancarkan satu inovasi yang dikenali sebagai Kaunter Ekspress KMKK. Inisiatif ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan mesra pengguna, selaras dengan keperluan dan harapan masyarakat setempat.
Kaunter Ekspress KMKK (Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum) adalah sebuah platform perkhidmatan yang memudahkan masyarakat untuk mendapatkan khidmat dari Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum dengan lebih mudah dan lebih cepat.
Satu jadual bertugas telah di berikan kepada semua Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum untuk berada dan memberikan perkhidmatan mereka. Dengan adanya perkhidmatan seumpama ini, memudahkan masyarakat untuk membuat pengesahan sijil atau apa sahaja perkhidmatan yang memerlukan khidmat para Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.
Kaunter Ekspress KMKK adalah satu langkah inovatif oleh Pejabat Daerah Kuching dalam usaha menyantuni masyarakat dengan lebih berkesan. Inisiatif ini bukan sahaja memudahkan urusan harian penduduk tetapi juga memastikan mereka mendapat perkhidmatan yang berkualiti dan komprehensif. Dengan adanya kaunter ini, masyarakat Kuching dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera.