Pejabat Daerah Bau

Portal Rasmi Pentadbiran Bahagian Kuching

 

Sejarah Daerah Bau


 

                                         



PETA BAU

 

BAU sudah wujud sebelum tahun 1820 dan rekod menunjukkan pembukaan penempatan di Bandar Bau oleh pelombong orang Cina dari Sambas,Indonesia pada sekitar tahun 1820an. Kedatangan kaum Cina adalah disebabkan oleh penemuan emas dan antimoni. Selepas 20 tahun pelombongan oleh kaum Cina dari Sambas,pada 1841 Rajah Brooke telah secara rasmi mengambil alih pelombongan emas di Bau dari pada kaum Cina sehinggalah kepada penubuhan Sarawak dan Malaysia yang kita warisi hari ini.

Daerah Bau berkeluasan 884.4 km persegi dengan jarak 35 kilometer daripada bandaraya Kuching, mencatat penduduk seramai 62,312 orang, iaitu dengan kadar pertumbuhan penduduk adalah pada kadar 2% setahun. Selepas kajian semula kawasandan kampung, bermula tahun 2016 terdapat 104 kampung/penempatan yang dibahagikan kepada 9 zon pentadbiran. Daerah Bau mempunyai bilangan pejabat kerajaan dan agensi perbankan yang lengkap. Deposit sumber asli seperti emas berkurangan, namun masih mempunyai deposit sumber asli yang banyak iaitu batu kapur dan pasir. Aktiviti utama penduduk masih berkisarkan kepada aktiviti pertanian, diikuti perkhidmatan dan perniagaan. Daerah Bau diletakkan di bawah 4 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN): Opar (N1), TasikBiru (N2), Serembu (N18) dan Batu Kitang (N13) dan 3 kawasan Parlimen iaitu: Mas Gading (P.192), Puncak Borneo (P198) dan Stampin (P.196)