Sejarah Pejabat Daerah Bau
SEJARAH PEJABAT DAERAH BAU
Bangunan Pejabat Daerah Bau Yang Pertama: Bukit Belidah Siniawan 1857
|
|
Pejabat Daerah Bau Yang Kedua: Jalan Penghulu Durin |
|
|
|
SEJARAH Penubuhan Pejabat Daerah Bau, selaras dengan keperluan untuk melicinkan urusan pentadbiran di peringkat daerah yang diperkenalkan dalam zaman pemerintahan keluarga Brooke. Penubuhan Pejabat Daerah Bau mengambil tarikh lantikan Pegawai Daerah Bau yang pertama iaitu Encik W.S.B. Duck pada 17 Julai 1931 sehingga ke hari ini saya Pegawai Daerah Bau yang ke-39.Tidak berapa jelas kedudukan Pejabat yang pertama, namun dokumentasi banyak menyatakan Pejabat Daerah Bau yang pertama bertempat di Port Belida, Siniawan. Kemudian berpindah ke Paku disebabkan lokasi pertama sering dilanda banjir. Daripada Paku, penempatan yang musnah akibat serangan tentera Jepun, berpindah ke lokasi yang baru, iaitu di Jalan Penghulu Durin. Dan seterusnya dengan kelulusan Kerajaan Negeri tahun 2017, Pejabat ini telah mendapat bangunan dan lokasi baharu iaitu di Lot 1927 dan mula beroperasi pada 10 Julai 2023.
|