Program Sarawakku Sayang 2026 dijadualkan berlangsung selama dua hari, iaitu pada 24 hingga 25 November 2026, bertempat di Metro City, Matang, Kuching, Sarawak.
Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada masyarakat melalui pelbagai pengisian, aktiviti dan penyampaian maklumat berkaitan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan oleh agensi-agensi kerajaan.
Orang ramai khususnya penduduk sekitar Kuching dan kawasan berdekatan adalah dijemput untuk hadir bagi memeriahkan program tersebut.