Bau, 11 Oktober 2026 – Program Pemimpin Bersama Rakyat yang diadakan di Padang Takraw Kampung Pengkalan Bau (Loji Air) merupakan satu inisiatif untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat setempat, di samping memberi ruang kepada penduduk untuk berinteraksi serta menyampaikan pandangan dan aspirasi mereka.
Program tersebut akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.2 Tasik Biru.
Turut dijemput bagi menyerikan program ini ialah Pegawai Daerah Bau, Encik Eddy Anak Nayoi, bersama barisan pemimpin masyarakat, ketua-ketua kaum serta penduduk setempat.
Penganjuran program ini diharap dapat memperkukuh kerjasama antara pihak kerajaan dengan masyarakat setempat, selain menjadi platform untuk menyampaikan maklumat berkaitan inisiatif pembangunan, kebajikan rakyat dan usaha meningkatkan kesejahteraan penduduk di kawasan Daerah Bau.
Melalui pendekatan turun padang seperti ini, hubungan antara pemimpin dan rakyat dapat terus diperkasakan bagi memastikan keperluan serta pandangan masyarakat mendapat perhatian sewajarnya.