Majlis Penutupan Program Kesihatan Remaja Modul MUSSE (Muda, Sihat, Selamat) Daerah Bau Tahun 2026

Disiarkan pada 16 Oct 2026
Sumber Berita: Berita PDB
 
BAU, 3 Oktober 2026 – Majlis Penutupan Program Kesihatan Remaja Modul MUSSE (Muda, Sihat, Selamat) Daerah Bau Tahun 2026 telah diadakan bertempat di Dewan SJK (C) Chung Hua Bau.

Majlis penutupan tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Henry Harry anak Jinep, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut).
Program Kesihatan Remaja Modul MUSSE merupakan satu inisiatif yang memberi penekanan terhadap aspek kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan golongan remaja melalui pendekatan pendidikan serta pendedahan kepada pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dalam kehidupan seharian.

Program ini juga bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan remaja mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga kesihatan fizikal dan mental serta membuat keputusan yang bijak demi masa depan yang lebih baik.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Bau, Encik Eddy Anak Nayoi, serta wakil Jabatan dan Agensi Kerajaan Sarawak, Jabatan dan Agensi Kerajaan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, Persatuan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Bau.

Penganjuran program seumpama ini mencerminkan komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh usaha membentuk generasi remaja yang muda, sihat dan selamat, di samping memperkasakan peranan komuniti dalam menyokong pembangunan golongan muda di Daerah Bau.

Kerjasama erat antara agensi kerajaan, pihak sekolah, komuniti, persatuan dan NGO amat penting bagi memastikan program-program pembangunan serta kesihatan remaja dapat dilaksanakan secara berterusan dan memberi impak positif kepada masyarakat.