Penyerahan Sijil Pelantikan Setiausaha Dan Sijil Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK)

Posted on 02 Mar 2026
Source of News: Berita PDB
 
Pada 27 Februari 2026, Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan Setiausaha dan Sijil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Mesyuarat Utama Majlis Daerah Bau. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Bau Eddy Anak Nayoi yang turut menyampaikan sijil pelantikan kepada Setiausaha serta ahli JKKK yang baharu dilantik bagi sesi 2026–2027.

Dalam ucapannya, pelantikan ini merupakan satu amanah dan tanggungjawab besar dalam memastikan pembangunan kampung dapat dilaksanakan secara terancang dan berkesan. Beliau turut berharap agar semua Setiausaha dan ahli JKKK dapat memainkan peranan aktif sebagai penghubung antara penduduk kampung dan pihak pentadbiran daerah.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh ketua-ketua Masyarakat kampung dan ketua-ketua daerah bau. Penyerahan sijil ini diharap dapat memperkukuhkan lagi struktur pentadbiran kampung serta meningkatkan kerjasama dalam usaha memajukan komuniti setempat.