Majlis Pengagihan Bubur Lambuk MAKSAK 2026

Posted on 27 Feb 2026
Source of News: Berita PDB
Pada 26 Februari 2026, Majlis Pengagihan Bubur Lambuk MAKSAK 2026 telah diadakan dengan jayanya di Dewan Serbaguna Kampung Melayu Bau dalam suasana penuh muhibah dan semangat kebersamaan sempena bulan Ramadan. Program anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia itu merupakan acara tahunan yang bertujuan menyantuni masyarakat serta mengeratkan hubungan antara penjawat awam dan penduduk setempat.

Majlis berkenaan telah diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat, YB Dato Henry Harry Jinep bersama isteri beliau, Datin Christina Esni Mied. Turut hadir ialah Pegawai Daerah Bau, Eddy Anak Nayoi, ketua-ketua jabatan Daerah Bau serta Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Bau.

Kehadiran para pemimpin ketua jabatan dan wakil jabatan agensi mencerminkan sokongan padu terhadap program kebajikan yang dianjurkan, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara agensi kerajaan dan komuniti. Majlis ini diharap dapat terus menjadi platform mengeratkan silaturahim, memupuk nilai perpaduan serta menyemarakkan semangat Ramadan melalui amalan berkongsi rezeki dan keprihatinan terhadap masyarakat.