Program Education & Career Fair bertemakan “Buka Botern, Buka Oran”

Disiarkan pada 23 Feb 2026
Sumber Berita: Berita PDB
Pada 21 Februari 2026, Program Education & Career Fair bertemakan “Buka Botern, Buka Oran” telah dianjurkan dengan tujuan memberi pendedahan serta membuka peluang pendidikan dan kerjaya kepada pelajar dan masyarakat setempat, khususnya penduduk Singai. Program ini telah dihadiri oleh Eddy Anak Nayoi Pegawai Daerah Bau mewakili YB Dato Henry Harry Jinep, Puan Aniela anak Siam Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pendidikan, Ir. Ts. Francis Mowing Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Senibong Singai, Morris anak John Siren Penghulu Kawasan Singai serta Favian anak Tisen Ketua Kaum Kampung Tanjong Bowang, selain kehadiran pegawai kementerian dan penduduk Kampung Singai.
 
Para pengunjung berpeluang mendapatkan khidmat nasihat kerjaya secara langsung, menyertai sesi perkongsian motivasi dan taklimat laluan kerjaya yang bersesuaian dengan minat serta kelayakan masing-masing.Penganjuran program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan di kawasan Singai, sekali gus membantu golongan belia membuat perancangan masa depan yang lebih terarah dan berinformasi. Inisiatif sebegini juga mencerminkan komitmen berterusan pihak penganjur dalam memperkasakan akses pendidikan dan meningkatkan kebolehpasaran masyarakat luar bandar.