Program Komuniti Sihat Dan Muafakat

Disiarkan pada 02 Feb 2026
Sumber Berita: Berita PDB
Pada 31 Januari 2026, Program Komuniti Sihat dan Muafakat telah berjaya dianjurkan di Perkarangan Tabika Kemas, Kampung rumih, Bau dengan penglibatan aktif komuniti setempat dan turut dihadiri oleh Yang Berhormat Billy Sujang Ahli Dewan Undangan N.1 Opar, Pegawai Daerah Bau, Tuan Eddy Anak Nayoi, serta wakil-wakil agensi kerajaan dan pelajar Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG).

Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, mengukuhkan semangat muafakat dan kerjasama antara komuniti dan agensi, serta menggalakkan penglibatan belia dan pelajar dalam aktiviti kemasyarakatan demi mewujudkan masyarakat yang lebih sejahtera, harmoni dan berdaya saing.