Pegawai Daerah Bau, Eddy Anak Nayoi, telah mewakili Yang Berhormat Dato Miro Simuh ke Majlis Simbolik Penyerahan Mesin Pemprosesan Kopi Komuniti Kopi Kampung Kaman di bawah peruntukan AFF N18 Serembu. Mesin telah diserahkan kepada Komuniti Kopi Kampung Kaman pada 29 Januari 2026.
Majlis ini bertujuan untuk memperkasa komuniti setempat melalui penyediaan kemudahan pemprosesan kopi yang lebih teratur dan berkesan, di samping meningkatkan kualiti serta nilai tambah produk kopi tempatan, sekali gus menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi penduduk kampung.
Majlis ini turut dihadiri oleh wakil Pusat Khidmat N.18 Serembu, Atar Anak Monok, serta Pegawai Pertanian Daerah Bau, Eddyson Anak Jenggah.