Projek Naik Taraf Gereja St. Stephen Bau Dijangka Siap Jun 2026

Disiarkan pada 16 Feb 2026
Sumber Berita: Berita PDB
BAU, 13 Februari 2026: Projek menaik taraf gereja St. Stephen Bau yang melibatkan pemasangan pendingin hawa dan cermin aluminium yang kini sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada Jun 2026.

Projek yang dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak selaku agensi pelaksana dan mula dilaksanakan pada Disember 2025 itu membabitkan kos berjumlah RM801,000 melalui peruntukan di bawah Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA).

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep yang memberi komitmen penuh memberi tumpuan terhadap projek telah turun melawat tapak projek pada Khamis.

Dalam lawatan tersebut, Datuk Henry meninjau perkembangan semasa projek bagi mengenalpasti beberapa isu berkaitan agar dapat diselesaikan dalam tempoh pelaksanaan.

Turut hadir, Pegawai Daerah Bau, Eddy Nayoi, Ketua Unit GKCDA, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuching Sarawak, Sandra Jujane Jutim dan Rektor Paroki St. Stephen Bau, Fr.Peter Liston.