Projek Naik Taraf Jalan Kampung Tabong-Kampung Sudoh

Posted on 05 Feb 2026
Source of News: Berita PDB
BAU, 04 Januari 2026: Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep mengadakan lawatan ke tapak projek naik taraf jalan dari Kampung Tabong ke Kampung Sudoh bagi meninjau perkembangan pelaksanaan kerja, pada Rabu.
 
Projek bernilai RM1,105,195.10 di bawah peruntukan Agensi Penyelarasan Pembangunan Greater Kuching (GKCDA) itu melibatkan pelebaran jalan sepanjang dua kilometer dengan kelebaran lima meter serta permukaan berturap.
 
Projek yang telah bermula pada September 2025 dan dijadual siap pada Julai depan itu juga melibatkan pembinaan beberapa struktur pembentung bagi memastikan sistem perparitan yang lebih berkesan antaranya pembinaan pembentung berdiameter 1.5 meter di dua lokasi, pembinaan pembentung berdiameter 1.5 meter di satu lokasi serta pembinaan kotak berkembar berukuran 3 meter di satu lokasi.
 
Pembinaan projek ini dijangka dapat mengurangkan risiko banjir, memperbaiki aliran air serta meningkatkan kemudahan infrastrukur jalan untuk keselesaan dan keselamatan pengguna jalan tersebut.
 
Turut hadir ialah Timbalan Pegawai Tadbir Khas GKCDA TS. John Aten Pawang yang mewakili Pegawai Daerah Bau Saffika Kueh, Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Bau Allyson Hilbert, Setiausaha Majlis Daerah Bau Ong Chin Ping, Ketua Kaum Kampung Sudoh Joseph Durin dan Ketua Kaum Kampung Tabong Michael William.