Pada 27 September 2025 Sabtu, Majlis Perasmian Projek Waterfront dan Sambutan 185 Tahun Pekan Siniawan telah diadakan di Perkarangan Waterfront, Pekan Siniawan, Bau. Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengiktiraf kawasan Siniawan secara rasmi sebagai pemangkin pelancongan di Daerah Bau. Majlis perasmian ini telah dihadiri dan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berhormat Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan Indusrty Kreatif dan Seni Persembahan, Yang Berhormat Dato Henry Harry Anak Jinep, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan N.02 Tasik Biru, dan Yang Berhormat Tuan Miro Anak Simuh, Ahli Dewan Undangan Ngeri (ADUN) kawasan N.18 Serembu. Sehubungan dengan itu, majlis ini juga telah melibatkan wakil-wakil Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Bau, dan juga penduduk tempatan.
